EMOSI penyanyi Shila Amzah tidak stabil selain akan menangis setiap hari sejak disahkan hamil anak kedua baru-baru ini.Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, kandungan kali ini juga membuatkan dia berasa lesu selain hilang selera makan sehingga membuatkan dia sukar bangun daripada katil. "Ada hari yang saya rasakan seperti tidak larat untuk berbuat apa-apa. Tiada selera makan, mual, muntah, saya tidak boleh bangun daripada katil."Sangat beremosi, rasa macam nak menangis tapi boleh dikatakan memang hampir setiap hari saya menangis," katanya.Shila dan Ubai bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Shila berkongsi mengenai perkara itu menerusi ruang soalan yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.Dalam pada itu, Shila meluahkan rasa syukur apabila suaminya Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, banyak membantu termasuk memberi sokongan bagi mengurangkan morning sickness dihadapi."Alhamdulillah suami saya banyak membantu sepanjang tempoh kehamilan.ARTIKEL BERKAITAN: Buka lembaran tahun 2024 dengan berita gembira, Shila Amzah sahkan sedang hamilARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami tak jenguk anak? Shila Amzah jawab soalan peminat, katanya paling penting Seth gembira"Ia perjalanan yang tidak mudah tapi saya masih boleh menanggungnya," katanya.Penyanyi lagu Memori Tercipta itu juga memberitahu anak lelakinya Seth Uwais juga gembira bakal mendapat adik tidak lama lagi.Malah kata Shila, Seth juga bertambah manja sejak dia disahkan hamil."Seth bertambah manja tapi tidak meragam. Dia gembira apabila mendapat tahu bakal bergelar seorang abang," katanya.Shila mengumukan sedang hamil pada Khamis lalu. Khamis lalu, Shila mengesahkan dia dan Ubai bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 4 Ogos 2023.Penyanyi itu juga pernah berkahwin dengan Haris Edraki Elias pada 2018 namun ikatan itu berakhir dengan penceraian.Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!