suria

Gurauan mahu ‘pergi’ jadi nyata, ibu Fiza Kamarudin sempat buat video call sebelum anak meninggal dunia

Nooriah tidak menyangka gurauan Fiza menjadi kenyataan.

"MAK Along dah nak meninggal dunia ni".

Itu gurauan terakhir Allahyarham Fiza Kamarudin dengan ibunya sebelum wartawan hiburan itu berlepas ke London pada pertengahan Disember lalu untuk bercuti bersama keluarga.

Siti Nooriah Hasan, 69, yang tidak mengambil serius dengan gurauan tersebut tetap memberi kata-kata semangat kepada arwah untuk kembali sembuh selepas kanser payudara dihidapinya sebelum ini kembali merebak.

"Dia ada bergurau dengan saya mengatakan dia sudah mahu meninggal dunia.

WhatsApp Image 2024-01-06 at 12.49.36 PM

Jenazah Allahyarham tiba di Kuala Lumpur dari London pada pagi Sabtu.

"Saya jawab orang sakit tidak semestinya akan meninggal dunia sebab ada sahaja pesakit yang sihat dan kembali sembuh," katanya ketika ditemui mStar pada Sabtu.

Nooriah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar 6.50 pagi sebelum di bawa ke masjid berkenaan untuk disolatkan.

Proses pengebumian yang dibuat di Tanah Perkuburuan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak selesai pada pukul 12.50 tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan hiburan kritikal di London meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan artis, media dan orang ramai derma lebih RM40 ribu untuk tabung Bantulah Fiza, jenazah dibawa pulang minggu depan

Dalam pada itu, Nooriah memberitahu Fiza ada beberapa kali memberitahu mahu berpindah ke rumahnya yang terletak di Ampang, Selangor.

Katanya, arwah berasa bosan tinggal di kediamannya di Bukit Jalil dan mahu menetap bersamanya malah meluahkan hasrat membeli rumahnya itu.

"Arwah cakap dengan adiknya, dia nak duduk rumah saya sebab sudah bosan duduk rumah sendiri.

Ketika arwah dalam wad, menantu ada buat panggilan video dan saya sempat bercakap dengannya.

SITI NOORIAH HASAN

IBU ALLAHYARHAM FIZA KAMARUDIN

Ketika arwah dalam wad, menantu ada buat panggilan video dan saya sempat bercakap dengannya.

"Ada juga dia kata nak beli rumah saya tapi saya cakap mana boleh, kalau saya meninggal mereka bahagilah tiga beradik," katanya.

Tambah Nooriah, arwah sudah berada dalam keadaan tidak sihat ketika berada di London dan sempat membuat panggilan video dengan keluarga di Malaysia.

2464130

Fiza dan suaminya iaitu Roshdi.

Malah menantunya, Mohd Roshdi Ramli sempat mengirimkan foto Fiza sebelum Allahyarham jatuh pengsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London pada 27 Disember 2023 sebelum pulang ke Malaysia.

"Ketika arwah dalam wad, menantu ada buat panggilan video dan saya sempat bercakap dengannya.

"Keesokan harinya kami berhubung menerusi panggilan video lagi dan saya sendiri nampak dia sedang nazak kerana nafasnya tercungap-cungap," ujarnya.

fiza1 - 1

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburuan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak.

Sementara itu, Roshdi ketika ditemui selepas selesai proses pengebumian dua anak mereka iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8 reda dengan pemergian ibu mereka.

Kata Roshdi, sebagai bapa dia perlu bertahan demi anak-anak mereka yang masih kecil.

"Ketika ibu mereka menghembuskan nafas terakhir, mereka agak sedih namun lama-kelamaan saya nasihatkan mereka supaya reda.

2461533

Fiza bersama suami dan dua anak mereka.

"Alhamdulillah mereka pun faham... Cuma saya kena tunjuk saya kuat di hadapan mereka. Kalau saya tak kuat, mereka pun pasti sedih," katanya.

Fiza menghembuskan nafas terakhir pada 28 Disember lalu selepas mengalami pendarahan dalam otak.

Pada Julai 2018, Fiza disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga namun keadaannya kembali pulih sebelum sel barah dilaporkan kembali merebak di dalam tubuhnya.

fiza2 - 1

Roshdi reda dengan pemergian isterinya.

Allahyarham yang juga editor di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media berkunjung ke London selepas terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama suami dan dua anak mereka.

Meskipun keadaan kesihatannya kurang baik sebelum ini, keluarga memilih untuk menunaikan hajat Fiza bercuti atas permintaannya sendiri.

Arwah sebelum ini pernah berkhidmat di akhbar Sinar Harian, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan portal Astro Gempak.

Dalam perkembangan lain, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dijangka membuat kunjungan melawat keluarga Allahyarham di Ampang pada pukul 3 petang Sabtu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain