suria

Selepas 7 tahun akhirnya Farah Lee kembali jadi isteri... “Done kahwin lagi sekali”

Farah berkongsi berita gembira tentang perkahwinannya bersama Fuad.

SELEPAS tujuh tahun bergelar ibu tunggal, aktivis dan personaliti media sosial Farah Lee memaklumkan dia kini sudah kembali bergelar isteri.

Menerusi perkongsian di Instagram, Farah atau Nurfarahin Romli, 31, memberitahu dia sudah mendirikan rumah tangga dengan individu dikenali sebagai Fuad pada Jumaat.

Farah bagaimanapun tidak menyatakan secara lanjut mengenai perkahwinan keduanya itu.

Farah bersama anaknya Maream.

Farah menamatkan status sebagai ibu tunggal.

"Okay done kahwin lagi sekali, 5 Januari 2024," katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Farah memuat naik foto memakai persalinan pengantin berwarna hitam, namun wajah suaminya tidak didedahkan.

Farah juga turut meletakkan tanda pagar #goodluck Fuad bagi memberi gambaran untuk suaminya itu bersedia melayari bahtera rumah tangga bersama-sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Lee bersuara isu gagal lunas hutang arwah bapa, minta bukti tuntutan RM130,000

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik dakwa arwah bapa Farah Lee berhutang RM130,000 mohon maaf, mengaku tulis komen ketika sedang emosi

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan berita perkahwinan ini dan mengucapkan tahniah buat kedua-dua mempelai.

"Masya Allah tahniah Farah. Saya gembira untuk awak dan Maryam (anak).

"Random sangat tiba-tiba dah kahwin. Tahniah Farah," tulis netizen.

Untuk rekod, sebelum ini Farah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain