suria

Perubahan hidup anak silap sendiri, Shakilla Khoriri janji beri kegembiraan buat Ameena

Luahan Shakilla buat anaknya undang sebak dalam kalangan peminat.

PELAKON Shakilla Khoriri melihat perjalanan dilalui oleh anak perempuannya tidak sama seperti mana kanak-kanak seusianya sejak dia dan bekas suami bercerai.

Mengakui kesilapan lampau yang membawa perubahan kepada Ameena Sofia, 5, Shakilla berjanji akan terus memberi kegembiraan buat anak kesayangannya itu.

Malah dia juga berani berdepan dengan sebarang dugaan serta cabaran yang dianggap sebagai ‘penyerang hendap’ terhadap Ameena.

shakilla 2

Shakilla berjanji akan terus mempertahankan anaknya.

"Awak (Ameena) datang membawa seribu rahmat dan kebaikan dalam hidup Umi. Tapi kesilapan dan kesalahan Umi buatkan awak tergelincir dalam perjalanan.

"Kehidupan awak berubah serta-merta. Tak sama macam kawan-kawan sebaya awak.

"Tempat awak tak pernah jatuh, tak pernah goyah dalam hati dan hidup Umi. Kalau ada ‘penyerang hendap’ yang memburu awak, umi akan akan ada depan awak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulut anak kena tekup dalam foto nikah Fizi Ali, Shakilla Khoriri ada peringatan buat bekas suami - “Kalau Ameena disakiti berdepan dengan saya!”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada jalan penyelesaian, Fizi Ali bawa isu anak ke mahkamah... “Saya harap dia datang selesaikan perkara ini”

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, menulis luahan tersebut di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam perkongsian sama, aktres ini juga berharap anaknya itu akan dapat memahami susah payah yang mereka lalui bersama.

"Awak tak layak untuk rasa semua itu tapi awak layak mendapatkan lebih daripada sepatutnya.

Allah anugerahkan awak sebaik-baiknya untuk Umi... seorang pendosa. Tak mungkin umi akan rampas kebahagian awak

SHAKILLA KHORIRI

PELAKON

"Satu hari awak akan faham perjalanan yang kita tempuh ini bagaimana dan kenapa.

"Pegang tangan Umi kuat-kuat sebab Umi tak mungkin akan lepas tangan Ameena walau macam mana sekali pun," ujarnya.

Di hujung coretan indah Shakilla buat Ameena, dia juga menjanjikan kebahagiaan buat anaknya itu di sebalik segala kisah duka yang mereka tempuh selama ini.

fizi ali 1

Fizi sebelum ini mendakwa tidak dapat berjumpa Ameena.

"Allah anugerahkan awak sebaik-baiknya untuk Umi... seorang pendosa. Tak mungkin umi akan rampas kebahagian awak.

"Umi janji, Umi akan bentangkan sebuah padang yang besar dan cantik untuk awak berlari seorang. Bermain dan berlarilah sepuasnya bila tiba masanya," luahnya.

Kisah Shakilla dan bekas suaminya iaitu, Fizi Ali sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila penyampai radio itu mendakwa tidak dapat lagi berjumpa anak mereka.

Fizi dalam satu kenyataan sebelum ini sedia membawa masalah tersebut ke mahkamah bagi menuntut keadilan supaya hak penjagaan anak dapat diselesaikan secara baik.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Kemudiannya, Fizi mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain