TIADA penambahan hari dan juga tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 9 Mac 2024. Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata, dia terpaksa membuat keputusan tersebut setelah mengambil kira pelbagai faktor. "Tidak ada pengumuman baru hari ini. Saya minta maaf tidak dapat tambah hari dan jualan tiket. "Kalau saya buat 10 Mac, sudah hampir Ramadan. Kalau 8 Mac pula ia adalah hari terakhir raptai untuk konsert itu. Siti ketidak ditemui pada sidang media konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza. "Saya dan pasukan sudah fikir masak-masak. Sudah cuba untuk pertimbangkan, jadi tak mungkin dapat tambah hari," katanya kepada pemberita. Siti memaklumkan perkara itu semasa sidang media konsert berkenaan yang berlangsung pada Isnin. Penyanyi lagu Cindai itu turut memohon maaf kepada peminat yang gagal mendapatkan tiket konsert berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Sampai Datuk K pun dapat panggilan tanya tiket, Siti Nurhaliza sedang usaha tambah 'seat' konsert ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa tak dapat beli tiket, Siti Nurhaliza tak janji tambah hari konsert Bagi merawat luka peminat, Siti memaklumkan pada konsert seterusnya dia akan cuba menganjurkan selama dua hari. "Saya mohon maaf ramai tidak berkesempatan sebab tiket sudah habis dijual. "Insya-Allah konsert seterusnya saya fikir untuk buat selama dua hari," ujarnya. Sudah cuba untuk pertimbangkan, jadi tak mungkin dapat tambah hari. DATUK SERI SITI NURHALIZA PENYANYI Sementara itu, Siti memberitahu penyanyi popular Indonesia iaitu judika akan muncul sebagai bintang undangan pada konsert yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Tambah Siti lagi, sebahagian jualan tiket konsertnya itu akan disalurkan kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu umat Islam di Palestin. Pada 21 Disember lalu, jualan konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam selepas ia dibuka untuk jualan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!