suria

Hidup berkeluarga ubah keutamaan Harris Alif, kurang berlakon fokus perniagaan taska

Harris ingin memberikan fokus yang lebih kepada bidang perniagaan.

SEJAK bergelar suami dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon dan penyanyi Harris Alif kini lebih seronok menjalankan perniagaan berbanding terlibat dengan dunia seni.

Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 25, berkata, dia juga terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon memandangkan sibuk menguruskan perniagaan selain ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Kata Harris, penggambaran yang mengambil tempoh panjang akan menyukarkan dia menghabiskan masa berkualiti dengan isteri dan anak perempuannya.

Harris 2

Harris mahu meluangkan masa yang lebih bersama keluarga.

"Sekarang berlakon agak perlahan sebab sudah ada anak. Saya banyak tolak terutamanya drama memandangkan penggambaran akan mengambil tempoh panjang.

"Jadi saya tidak rasa dia boleh seimbangkan masa bekerja dan waktu bersama keluarga," katanya ketika dihubungi mStar.

Tidak akan meninggalkan dunia seni yang sudah menjadi darah dagingnya, Harris sebaliknya bersikap memilih dalam sebarang tawaran diterima

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat syak Intan Ladyana hamil, Harris Alif sahkan bakal timang cahaya mata kedua

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tutup aurat bukan pengakhiran karier Intan Ladyana, drama dan filem semakin banyak ketengah watak berhijab

Jelas Harris, sekiranya sesuatu projek diterima tidak rumit dan hanya mengambil masa singkat, dia akan mempertimbangkan tawaran tersebut.

"Ada sahaja saya berlakon malah baru sahaja selesai sesi penggambaran dua drama di Sarawak.

"Saya akan tengok macam mana. Kalau tak rumit dan tak ambil masa lama, saya buat sahaja. Kena pandai-pandai pilih," ujarnya.

Saya banyak tolak terutama drama. Saya tidak ambil sebab masa penggambaran agak panjang.

HARRIS ALIF

PELAKON DAN PENYANYI

Bercakap mengenai perniagaan, Harris memberitahu dia dan isteri, aktres Intan Ladyana sedang mengusahakan beberapa bisnes termasuk membuka sebuah taska.

"Saya dan Intan baru sahaja membuka taska sejak dua ke tiga bulan lepas. Ada lagi perniagaan yang kami nak lakukan," katanya.

Harris dan Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 41, sah bergelar sebagai suami isteri pada 5 Februari 2021.

Harris 1

Harris dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2021.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Evie Khadeeja yang hampir memasuki usia dua tahun.

Ketika ini juga Intan sedang hamil anak kedua mereka.

Untuk rekod, Harris mula menceburi bidang seni melalui program Idola Kecil 3 pada 2010 ketika usianya 11 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain