suria

Puteri Sarah sudah macam peminta sedekah, usaha dapatkan kembali RM26,000 belum berjaya

Puteri Sarah masih menanti wang perniagaannya dipulangkan.

PELAKON Puteri Sarah Liyana menyifatkan dia seperti seorang peminat sedekah apabila cubaan mendapatkan kembali wang miliknya berjumlah RM26,000 daripada seorang pegawai pemasaran gagal.

Ini kerana kata Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, pihak berkenaan tidak mahu memberi kerjasama dengan baik namun tidak akan membiarkan haknya dirampas begitu sahaja.

"Kita penat kerja, buat live siang malam tapi kenapa ada orang yang senang-senang saja ambil hak kita?

2471842

Pendedahan Sarah mengenai wangnya sebelum ini.

"Nak minta duit balik dah macam minta sedekah. Drama lain saya tak mahu tahu," katanya.

Dia berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Rabu.

Dalam pada itu, Puteri Sarah tidak kisah sekiranya ada pihak mengatanya hanya kerana sanggup merendahkan diri asalkan dia mendapat kembali wangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja tak buat tapi bawa lari RM26,000, Puteri Sarah berlembut minta pegawai pemasaran pulangkan wang atau berdepan tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik berseri Puteri Sarah dalam persalinan putih, peminat sangka sudah bertunang... Rupanya ‘pinangan’ wajah produk kesihatan

"Awak mahu kutuk saya di belakang saya tak kisah. Yang saya tahu, saya mahu semula duit yang awak ambil. Sedar ke tak?," katanya.

Pada 3 Januari lalu, Puteri Sarah mendedahkan dirinya diperdaya seorang individu bergelar pegawai pemasaran susulan cuba mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan diperoleh perniagaannya.

Katanya individu berkenaan juga mengambil wang sebanyak RM26,000 sebagai gajinya tanpa melaluinya terlebih dahulu.

Puteri Sarah mengupah individu tersebut sejak Oktober lalu bagi menjalankan pemasaran produknya namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard ditetapkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain