suria

Aman Graseka tidak muncul tayangan perdana ‘Jiwa 8 Belas’, pengarah dah cuba hubungi tapi tak jawab... “Ramai rakan boleh bantu”

Baldev (kiri) sedia tawar peluang pekerjaan buat Aman.

PENGARAH Baldev Singh menasihati pelakon Aman Graseka supaya kembali bangkit sekiranya benar aktor berkenaan melalui fasa hidup sukar seperti yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Baldev, 61, yakin ramai rakan-rakan dan penggiat seni yang sudi menghulurkan bantuan kepada Aman supaya dia boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Bukan itu sahaja, Baldev meyifatkan Aman sebagai seorang lelaki yang cukup sempurna dan tidak perlu menagih simpati untuk mendapatkan bantuan.

aman graseka 1

Kisah Aman menjadi bualan ramai.

"Dia seorang yang sempurna, tiada sebarang kecacatan. Kenapa sampai terdesak meminta bantuan orang?

"Dia sendiri kena bangkit. Ramai rakan-rakan yang boleh bantu. Mungkin saya sendiri boleh bantu dengan memberi peluang pekerjaan untuk dia," katanya ketika dihubungi mStar.

Baldev merupakan pengarah filem Jiwa 8 Belas dan Aman merupakan salah seorang pelakonnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 6 tahun Aman Graseka ‘block’ nombor, anak Mas Idayu tak tahu cara cari bapa

ARTIKEL BERKAITAN: [V]Aman Graseka mungkin malu mengaku susah, Sharifah Shahirah tiada niat buka aib - “Saya nak pergi jumpa dia”

Aman sepatutnya hadir pada malam tayangan perdana filem berkenaan yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis namun kelibat pelakon berkenaan tidak kelihatan.

Sementara itu, Baldev berkata dia juga terkejut membaca berita mendakwa Aman menghubungi rakan-rakan artis untuk mendapatkan bantuan kewangan.

Dia juga cuba menghubungi Aman namun panggilan dan mesej tidak berjawab.

Kita ini hidup di Malaysia, masih boleh cari makan dengan pelbagai pekerjaan. Tidak perlu meminta-minta seperti itu

BALDEV SINGH

PENGARAH

"Saya terkejut apabila mendapat tahu tentang kisah dia mendapatkan bantuan. Dia tidak mencari saya, namun saya ada cuba hubungi dan menghantar mesej bertanyakan perkara ini. Semuanya tidak berjawab.

"Kita ini hidup di Malaysia, masih boleh cari makan dengan pelbagai pekerjaan. Tidak perlu meminta-minta seperti itu," ujarnya.

Mengulas mengenai mesej bantuan yang dihantar oleh Aman kepada rakan selebriti, Baldev mengakui timbul rasa curiga tentang perkara itu.

aman graseka 2

Ramai yang sudi membantu Aman sekiranya benar hidup susah.

"Dia kena ubah sekeliling dia. Dia orang yang baik, tetapi sekelilingnya saya tidak mahu campur. Saya tidak risau untuk dia terus bangkit kerana dia seorang yang baik.

"Ketika di lokasi penggambaran pun sangat mudah bekerja dengannya. Disiplin dia sangat bagus," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain