suria

[V] Tyzo tamatkan tugas bersama Suria FM

SELEPAS lapan tahun berkhidmat bersama Suria FM, penyampai radio Tyzo akhirnya menamatkan tugas bersama stesen berkenaan pada Jumaat.

Menurut Pengurus Besar Suria iaitu Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, keputusan itu merupakan salah satu strategi stesen berkenaan bagi tahun 2024.

"Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baharu bagi tahun 2024 dan seterusnya.

tyzo 1

Tyzo kembali berkhidmat semula bersama Suria FM sejak 2016.

"Ini bagi memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar," katanya.

Sepanjang berkhidmat bersama Suria, DJ Lin berkata Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris memberikan kerjasama baik dan membantu menarik ramai pendengar di stesen berkenaan.

Malah, DJ Lin turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Tyzo sepanjang berkhidmat bersama Suria.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun menanti, trofi Penyampai Radio Popular milik Tyzo

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kelab peminat, Tyzo yakin undian sebab hasil kerja... Sharifah Shahirah pula gandingan deejay terbaik

"Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.

"Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi.

"Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat," ujarnya.

tyzo 2

Tyzo dan Shahirah mengendalikan segmen Suria Petang.

Untuk rekod, Tyzo mula berkhidmat dengan Suria pada tahun 2007 namun pernah juga ditamatkan kontraknya pada 2013.

Dia kembali menyertai Suria pada 2016 dan terakhir mengendalikan Suria Petang bersama Sharifah Shahirah.

Tyzo turut mengumumkan hari terakhirnya bersama Suria sebelum menamatkan siaran Suria Petang pukul 7 malam.

Dia juga tidak dapat menahan sebak saat mengumumkan perkara itu di hujung segmen kendaliannya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain