suria

[V] Tyzo sebak umum tiada lagi di Suria FM… Sharifah Shahirah tumpang sedih

TAMAT kontrak bersama Suria FM bermula Jumaat, penyampai radio Tyzo mengakui sedih terpaksa meninggalkan rakan gandingannya iaitu Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Rara.

Kata Tyzo atau Zolqarnain Idris, sepanjang mengendalikan segmen Suria Petang sejak tahun 2016, Rara memberikan kerjasama baik sehingga dirinya diangkat sebagai Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH) tahun lalu.

"Kak Rara (Shahirah) adalah gandingan penyampai yang cukup hebat. Saya dapat anugerah ABPBH kerana dia. Alhamdulillah ramai pendengar yang suka dengan gandingan kami, tapi jodoh kami hanya di sini.

tyzo 3

Tyzo tidak lagi bersama Suria FM.

"Banyak kenangan yang saya simpan bersama dengan Kak Rara dan mendoakan dia dapat meneruskan tanggungjawab dengan baik," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Tyzo mengumumkan pengundurannya bersama stesen itu semasa bersiaran di Suria Petang.

Menurut Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin atau Roslinda Abd Majid, keputusan itu juga merupakan satu langkah perancangan bagi tahun 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kelab peminat, Tyzo yakin undian sebab hasil kerja... Sharifah Shahirah pula gandingan deejay terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun menanti, trofi Penyampai Radio Popular milik Tyzo

Sementara itu, Shahira pula memuji sikap profesional Tyzo sepanjang mereka bekerjasama dalam segmen berkenaan.

"Patah sebelah sayap saya. Sepanjang kerjaya, Tyzo yang paling kelakar dan terbaik. Ini keputusan Suria FM dan kita perlu ikut.

tyzo 6

Kehilangan Tyzo beri kesan buat Shahirah.

"Sejujurnya senang bekerja dengan Tyzo. Dia bijak dan peka dengan sekeliling. Dia juga sangat mengambil berat tentang orang lain," jelasnya.

Terdahulu ketika membuat pengumuman itu Tyzo tidak dapat menahan sebak pada penghujung segmen kendalian mereka berdua itu.

Untuk info, Suria Petang dikendalikan oleh Tyzo bersama Rara setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 3 hingga 7 petang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain