PELAKON Erra Fazira tampil menjawab spekulasi telah mendirikan rumah tangga selepas tular dakwaan kononnya ada foto perkahwinan seperti didakwa rakan industri sebelum ini. Menurut Erra atau Fazira Wan Chek, 50, gosip yang timbul itu merupakan satu fitnah dan tidak benar sama sekali. Enggan memanjangkan isu berkenaan, Erra berkata dia sudah memaafkan individu yang menyebarkan cerita itu. Erra anggap berita dia sudah berkahwin sebagai satu fitnah. “Gambar perkahwinan itu semestinya fitnah. Gambar sangkut dekat dinding? Itu fitnah dan kita maafkan. “Sebab kita sendiri tahu diri kita dan ia rumah kita. Jadi bila kita dengar pun kita ketawa sahaja,” katanya kepada mStar. Erra menjawab mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Rampas Cintaku 2 di Pavilion, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya introvert tak banyak cakap”... Erra Fazira seronok masuk konti, rupanya bukan senang jadi penyampai radio ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira dituduh tahu punca penceraian Engku Emran, minta jangan sebar fitnah - “Saya hormat privasi ayah anak saya” Dalam pada itu, Erra sekali lagi menegaskan dia masih memegang berstatus ibu tunggal dan belum berkahwin. Meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun, Erra berkata dia sentiasa terbuka sekiranya diberikan rezeki untuk berkahwin lagi. “Saya masih ibu tunggal sudah bertahun-tahun dan saya tidak menutup pintu tetapi rezeki mungkin belum lagi. Gambar sangkut dekat dinding? Itu fitnah dan kita maafkan ERRA FAZIRA PELAKON “Saya pun tak tahulah yang mahu menggosipkan... tapi apa-apa pun semuanya mungkin ada hikmahnya. “Kebaikannya bermakna orang masih berminat nak tahu tentang kisah peribadi kita. Tapi yang buruknya, sudah-sudahlah tu. “Carilah cerita berkenaan orang muda, ramai lagi artis baharu,” ujarnya. Ramai yang terus mendoakan Erra kembali bertemu jodoh. Meskipun tidak mempunyai teman hidup, Erra mengakui masih bahagia menjalani hidup kerana baginya kebahagiaan bukan bergantung kepada manusia. Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa Erra telah berkahwin dengan seorang ahli politik berasal dari Perak. Susulan itu, ada seorang kenalan industri yang bertandang ke rumah Erra membuat dakwaan ternampak gambar perkahwinan primadona tersebut di rumahnya. Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun mereka disahkan berpisah pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!