suria

Ada hikmah batal konsert, Hael Husaini diberikan rezeki lebih besar

Hael merancang untuk adakan konsert lain.

TIDAK kecewa dengan pembatalan konsert pada Februari tahun lalu, penyanyi Hael Husaini percaya akan ada rezeki yang lebih baik menanti dirinya.

Hael atau Hal Husaini Razmi, 37, berkata disebabkan pembatalan konsert berkenaan kini dia mampu mengeluarkan album pertama selepas 17 tahun bergelar anak seni.

"Kalau nak ikutkan sebelum ini konsert saya pernah dibatalkan tapi tak apa... kita move on dari perkara itu.

Hael 1

Hael percaya dengan rezeki yang telah diaturkan.

"Alhamdulillah setiap perkara yang berlaku itu diberi rezeki lebih besar... saya sempat siapkan album saya.

"InsyaAllah saya akan adakan konsert saya balik untuk tebus," katanya ketika ditemui mStar.

Dalam pada itu, Hael memberitahu dia ada menjayakan beberapa konsert namun ia lebih tertumpu kepada pelajar di kampus universiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini terima banyak jemputan pertunjukan fesyen antarabangsa, teruja duduk sebaris artis terkenal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Guna perkataan ‘celaka’ dalam lirik lagu, Hael Husaini sudah kaji dulu - “Ramai salah faham ingat bahasa kesat”

Konsert berkenaan bagaimanapun tidak tersebar meluas membuatkan ramai yang tidak sedar mengenai penganjurannya.

"Sebenarnya saya pernah adakan konsert saya... konsert pertama saya ialah tour universiti tapi mungkin ia tidak tersebar luas

"InsyaAllah saya akan melakukan sedaya upaya untuk melakukan konsert kepada yang menyokong sama-sama kita tunggu tapi memang sudah ada dalam perancangan," kongsinya.

Alhamdulillah setiap perkara yang berlaku itu diberi rezeki lebih besar.

HAEL HUSAINI

PENYANYI

Sebelum ini, konsert Hael Husaini Live In KL sepatutnya berlangsung di Zepp KL pada 4 Disember 2022 namun ditunda ke tarikh baharu iaitu 19 Februari 2023.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Feros Sayna selaku Ketua Rocketfule Entertainment memaklumkan pihaknya memohon maaf atas penundaan tarikh baharu itu dan menjanjikan satu persembahan lebih bertanaga.

Bagaimanapun tiada khabar lanjut mengenai konsert tersebut selepas itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain