suria

Sedia hadap kontroversi, Nadeera tenang berdepan setiap kecaman

Nadeera terima baik setiap komen dan kritikan terhadap dirinya.

SEMAKIN menjadi perhatian dan tidak terlepas daripada kontroversi, penyanyi Nadeera menganggap ia sebagai satu lumrah yang perlu dilalui sebagai anak seni.

Kata Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 31, ia juga satu pengalaman berbeza kerana sebelum ini namanya kurang dikenali berbanding selepas bergelar juara program Big Stage 2023.

"Sebelum ini nama suam-suam kuku sahaja dan tiada sebarang kontroversi. Sekarang ini apabila nama semakin orang kenal, sudah pula terpalit dengan cerita yang kurang enak didengar.

nadeera 2

Nadeera bersyukur namanya kini semakin diterima baik peminat.

"Kontroversi ini adalah asam garam anak seni. Ia satu pengalaman untuk saya.

"Tidak kira baik atau buruk diperkatakan, semuanya saya terima dengan hati terbuka. Saya juga anggap ia sebagai satu motivasi untuk terus berjuang," katanya kepada mStar.

Sebelum menyertai BS2023, Nadeera pernah bertanding dalam Mentor Legend dan Vokal Bukan Sekadar Rupa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera Zaini tercabar dengan permintaan Hetty Koes Endang, dalam proses siapkan album mini

ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera hanya penyanyi ganti, terpaksa telan kemarahan peminat isu lagu ‘Astana’

Bagaimanapaun perjalanan kerjaya seninya agak sedikit tenggelam selepas tamat dua program berkenaan sehinggalah dia di angkat sebagai juara BS2023 tahun lalu.

Terus mengatur langkah dalam kerjaya, Nadeera kini sedang menyiapkan mini album yang bakal memuatkan hasil karya ciptaannya sendiri.

Istimewa dalam album itu nanti, dia akan perkongsi tentang liku-liku yang dilalui sejak awal pembabitan menjadi penyanyi dahulu.

Kontroversi ini adalah asam garam anak seni. Ia satu pengalaman untuk saya

NADEERA

PENYANYI

"Lagu-lagu dalam album itu nanti semuanya saya cipta sendiri. Inilah masa untuk saya serlahkan bakat terpendam mencipta lagu. Biarpun belum banyak lagu dalam simpanan, tapi kali ini saya keluarkan sedikit dahulu.

"Lagu-lagu itu nanti bercerita tentang kebangkitan Nadeera. Saya masih anggap diri ini sebagai artis baru. Sebelum ini saya sudah berjuang namun belum ada rezeki," ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Nadeera bakal tampil dalam konsert Voice of the Heart yang akan berlangsung pada 7 Mac depan di Zepp Kuala Lumpur.

nadeera 3

Nadeera, Ernie, Jay Jay dan Rahmad bakal bergabung di konsert Voice of the Heart.

Bukan sekadar berhibur, konsert berkenaan juga bertujuan mengutip sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa peperangan di Palestin selain sebauh rumah kebajikan.

Peka dengan pandangan sesetengah pihak tentang penganjuran konsert sebegitu, Nadeera juga prihatin dalam pemilihan lagu serta penampilannya nanti.

"Untuk konsert ini saya kenalah fikirkan lagu dan pemakaian yang sesuai. Takut pula nanti netizen akan bercakap tidak elok," jelasnya.

Selain Nadeera konsert ini juga turut menampilkan penyanyi lain iaitu Jay Jay, Ernie Zakri dan Rahmad Mega.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain