PELAKON Zarina Anjoulie tampil menjelaskan mengenai tuduhan dia mencuri beg tangan mewah berjenama Gucci milik Fatiha Latiff sebelum ini. Zarina atau lebih mesra disapa Anju, 37, berkata dia mengambil beg tangan berkenaan selepas Fathia tidak membayar wang dipinjam daripadanya. Kata Zarina, tunangnya iaitu Datuk Khazrul Elzey mampu membelikannya barangan mewah membuatkan dia tidak perlu melakukan hal tidak bermoral itu. Anju dan Fathia pernah menjadi kawan baik. "Dia hutang aku tak bayar... kalau laki (tunang) aku boleh belikan semua ini... kau tak rasa aku boleh minta beg apa-apa saja yang aku nak. "Kalau dia boleh belikan aku jam... cincin dan gelang kau rasa aku akan curi beg tangan orang lain? Aku akan minta tunang aku belikan apa yang aku nak. Jadi kenapa nak mencuri, masuk akal ke?," katanya sambil menunjukkan barangan mewah di tangan. Zarina berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung yang dibuat di Instagram miliknya pada pagi Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie angkat ‘bendera putih’... Dah malas layan Fathia, sedang bahagia dengan tunang ARTIKEL BERKAITAN: Apa nak jadi Fathia ni? Kaitkan pula nama Ismail Izzani! Minta Zarina Anjoulie tak campur urusannya Dalam pada itu, Zarina juga menjelaskan punca sebenar dirinya berkongsi kembali gambar mesra bersama Fathia ketika menjadi sahabat baik suatu ketika dahulu. Menurut Zarina, dia sekadar ingin mengimbau kembali kenangan lalu memandangkan Fathia memaklumkan mereka tidak pernah berkawan baik sebelum ini. "Saja sekadar mengimbau kenangan lama. Sebenarnya dia ada buat siaran langsung selepas itu dia mengakui kami tidak rapat dan hanya jumpa beberapa kali jadi aku sengaja kongsi gambar kami bersama," ujarnya. Fathia dan Zarina pernah jalani penggambaran bersama. Sebelum ini, nama Anju menjadi sebutan selepas mengulas mengenai kenyataan Fathia yang menyamakan wajah pelakon Zahirah MacWilson dengan bibik atau pembantu rumah. Anju dalam komennya memberitahu sikap busuk hati dan suka membanding-bandingkan menjadi punca mereka berbalah dan putus sebagai sahabat. Susulan kenyataan itu, Fathia tidak berdiam diri dan menyerang Zarina malah mendedahkan pelakon itu pernah mengambil beg tangan miliknya dan minta ia dipulangkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!