suria

Zynakal berbaju Melayu putih timbul tanda tanya, kongsi khabar gembira bila sudah sedia

Zyn kunci mulut mengenai khabar gembira?

PERKONGSIAN foto penyanyi Zynakal mencuri perhatian apabila memaparkan dia lengkap berpakaian baju Melayu berwarna putih pada pagi Sabtu.

Pengurus Zyn dikenali sebagai Ese bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai beberapa foto yang dikongsikan oleh Zyn itu.

Katanya, sebarang khabar akan dikongsikan sendiri oleh Zyn apabila dia sudah bersedia kelak.

zyn

Beberapa foto memaparkan Zyn mengenakan baju Melayu.

"Buat masa ini tak ada komen, bila Zyn dah sedia dia sendiri akan kongsi," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Zyn, 25, berkongsi beberapa gambar di Instastory miliknya memaparkan dia mengenakan baju Melayu berwarna putih bersama seorang gadis yang turut mengenakan baju sedondon dengannya.

Menerusi gambar tersebut, gadis berkenaan turut menunjukkan jarinya yang sudah tersarung dengan sebentuk cincin.

ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal ‘putih mata’ duit royalti RM120,000 lesap! Kena songlap kenalan rapat... Tunjuk baki akaun RM19.15

ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal menangis, menyesal jarang ziarah ibu di hospital ketika hayat - “Mak saya cakap kalau dia dah mati, jangan datang kubur dia”

Zyn juga dilihat tersenyum gembira di sisi gadis berkenaan.

Malah digambar berkenaan juga terlihat beberapa barang hantaran seolah-olah baharu sahaja selesai majlis yang mengaitkan mereka.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan penyanyi sudah pun mendirikan rumah tangga atau sekadar mempromosikan produk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain