HAMPIR lima tahun menunggu, penyanyi Isma Sane sudah hilang sabat apabila masih belum mendapat bayaran tunggakan daripada syarikat pengurusannya sebelum ini. Isma atau Isma Iqbal Abd Sane, 26, berkata, syarikat berkenaan masih berhutang dengannya sebanyak RM30,000 melibatkan bayaran aktiviti persembahan dan ciptaan lagu. "Kali terakhir saya terima bayaran hasil kerja saya adalah pada tahun 2019. Perkara ini sudah lama berlalu dan sekarang ini saya rasa mereka cuba ambil kesempatan melengahkan bayaran. Luahan Isma di sosial media. "Sebelum ini saya melihat bagaimana syarikat tersebut melalui waktu sukat terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi ada sedikit rasa kasihan namun sekarang masih lagi belum bayar," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. Isma sebelum ini berkongsi perkara berkenaan di laman Instagram miliknya dengan luah rasa marah kerana isu berkenaan masih belum selesai. Tambah penyanyi lagu Derita ini dia sedia bersemuka dengan pemilik syarikat berkeaan untuk berbincang sebelum mengambil tindakan undang-undang. ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian ‘live’ sumbang, Isma Sane mengaku terlalu gugup sampai suara berbeza versi rakaman ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie jawab tuduhan curi beg berjenama, dakwa Fathia Latiff tak bayar hutang "Saya dah cuba hubungi namun panggilan dan mesej tidak berjawab. Mungkin jalan akhir adalah saya akan terjah ke rumah empunya syarikat itu untuk bertanya. "Saya sedia untuk berbincang tentang penyelesaian terbaik. Sekiranya perlu tindakan undang-undang saya akan teruskan. "Saya sudah siapkan kerja saya sebelum ini, jadi sekarang bayar sahaja hutang tersebut. Mereka perlu amanah dan saya harap isu ini akan selesai dengan segera," ujarnya. Mungkin jalan akhir adalah saya akan terjah ke rumah empunya syarikat itu untuk bertanya ISMA SANE PENYANYI Isma juga memberitahu dia sudah menamatkan kontrak dengan syarikat berkenaan sejak Jun tahun lalu. Dia juga berani berkongsi tentang tuntutan tersebut di media sosial kerana merasakan ini jalan terbaik agar pihak berkenaan ambil maklum. "Berkongsi di media sosial adalah langkah awal supaya mereka sedar akan hal ini. Jika mereka tidak nampak perkongsian saya pun, mungkin ada orang lain yang akan menyampaikan. Isma tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. "Apabila kontrak saya tamat tahun lalu mereka ada tawarkan untuk sambung. Namun saya fikir isu hutang ini pasti akan berlarutan, jadi saya ambil keputusan untuk bergerak sendiri. "Selepas tamat kontrak mereka seolah-olah hilang dan sukar untuk dihubungi," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!