suria

Kehilangan budaya ilham Monoloque, bawa pendengar hanyut dalam ‘Bila Buka Mata Mimpi Akan Hilang’

Monoloque muncul dengan lagu baharu berjudul Bila Buka Mata Mimpi Akan Hilang.

PEKA dengan masyarakat yang seakan hanyut dibawa arus era modenisasi memberi ilham kepada penyanyi Monoloque menghasilkan single terbaharunya berjudul Bila Buka Mata Mimpi Akan Hilang.

Loque atau Khairil Ridzwan Anuar berkata, lagu berkenaan berkisarkan perjalanan seseorang yang mempunyai impian besar tetapi dibayangi kehidupan seharian menghanyutkan.

"Kehilangan budaya diletakkan sebagai fokus utama, di mana manusia semakin termakan oleh dunia materialistik yang tidak diisikan dengan khasiat rohani," katanya.

Snapinsta.app_370788841_1012272183133967_6785338938488932642_n_1080

Bila Buka Mata Mimpi Akan Hilang sedia hiburkan peminat.

Menurut Loque, lagu ini akan memberi ketenangan kepada pendengar malah sesuai dimainkan sebelum tidur.

Lirik dan melodi lagu berkenaan kata Loque dihasilkan untuk membina monolog dalaman ketika seseorang itu sedang mengelamun dan bercakap tentang harapan diri sendiri melalui bunyi-bunyian yang mengiringi.

"Penggunaan teknik “delay analog” sepanjang lagu adalah untuk menghasilkan bunyi lebih harmoni dan membangkitkan emosi," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: MonoloQue beri sentuhan gamelan dalam versi baharu lagu malar segar 'Legenda'

ARTIKEL BERKAITAN: Monoloque Cari Kelainan Lancar Single Di Rumah Flat

Berkongsi mengenai muzik video Bila Buka Mata Mimpi Akan Hilang, Loque berkata proses rakaman sedikit terganggu disebabkan pandemik Covid-19 pada tahun 2020 yang dibuat di sekitar Kuala Lumpur.

Disebabkan perkara itu, dia bersama rakan-rakannya terpaksa mengolah semula sebelum menyambung penggambaran pada 2021 dengan membawa elemen baharu yang digabungkan sentuhan tradisonal.

"Dalam penciptaan karya ini, lebih separuh daripada ahli Orkestra Gamelan Diraja Pahang, penari tarian, pemain sepak takraw, dan sudah tentu ahli bunyian MonoloQue ikut serta dalam penggambaran.

Snapinsta.app_412453501_18404484658058361_4416532722943458364_n_1080

Antara babak dalam muzik video.

"Turut ditampilkan dalam muzik video ini adalah satu mesin anyaman mini yang dibawa dari Pulau Keladi dari daerah Pekan, Pahang.

"Penghasilan Muzik Video yang mengambil masa lama ini menggabungkan teknik suntingan tradisional dengan teknik suntingan moden," kongsinya.

Single berkenaan sudah pun dilancarkan menerusi platform penstriman sejak 13 Disember 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain