PENAMATAN perkhidmatan bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo nampaknya turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Kata Tyzo atau Tuah Zolqarnain Idris dia juga tidak menyangka Fahmi sendiri menawarkan sesi pertemuan untuk berbincang lanjut soal kerjayanya pada masa akan datang. "Saya amat terharu apabila menteri berkongsi pertemuan tidak sengaja kami di sosial media miliknya. Tak sangka beliau juga tahu kisah saya yang sudah tamat perkhidmatan. Kisah Tyzo ditamatkan perkhidmatan mendapat perhatian ramai. "Beliau perkenalkan saya dengan pegawainya untuk aturkan perjumpaan untuk kami berbincang lanjut. Mungkin pertemuan itu juga membuka jalan indah buat saya. "Tiada apa yang ingin saya suarakan nanti melainkan peluang dan ruang yang lebih baik di masa akan datang," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. Terdahulu menteri hantaran di media sosialnya, Fahmi berkongsi gambar dia bertemu Tyzo di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tyzo sebak umum tiada lagi di Suria FM... Sharifah Shahirah tumpang sedih ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tyzo tamatkan tugas bersama Suria FM Menurut Tyzo dia yang kebetulan berada di situ bersama keluarga menegur Fahmi ketika mereka berselisih. Pada petang Jumaat, Tyzo bersiaran buat kali terakhir dalam Suria Petang bersama gandingannya Sharifah Shahirah mengumumkan ia merupakan hari terakhirnya bersama stesen radio itu. Stesen itu menerusi kenyataan medianya memaklumkan penamatan kontrak Tyzo kerana mempunyai perancangan lain pada 2024. Tiada apa yang ingin saya suarakan nanti melainkan peluang dan ruang yang lebih baik di masa akan datang TYZO PENYAMPAI RADIO Di sebalik rasa sedih, Tyzo juga amat terharu mendapat sokongan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan dia terus berjaya dalam bidang penyiaran. "Telefon saya 'hang' dan jadi panas kerana terlalu banyak notifikasi masuk. Tak sangka ramai rakan yang memberi sokongan. "Saya tidak boleh bersedih lama kerana perlu fikirkan kelangsungan hidup di masa akan datang," ujarnya. Tyzo bersama Sharifah Shahirah ketika bertugas di Suria FM. Dalam masa sama, Tyzo juga menafikan tanggapan sesetengah pihak yang membuat andaian kononnya dia bakal beralih ke stesen radio lain kerana mendapat tawaran lebih lumayan. "Jujur saya katakan sekarang ini memang tiada tawaran lain. "Terpulang kepada mereka yang mungkin bercakap negatif tentang saya. Mereka ada hak bersuara. Dalam hidup ini ada yang suka dan ada yang tidak," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!