suria

Agong dedah Haiza penyanyi kegemaran Almahrum ayahanda, kenal Mat Dan - “Boleh cakap Pahang?”

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ketika bertemu dengan Haiza dan Mat Dan.

SIAPA sangka penyanyi Haiza adalah artis kegemaran Almahrum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika mencemar duli berangkat ke studio Kool FM di Sri Pentas pada Rabu.

Al-Sultan Abdullah ketika meluangkan masa bersama Haiza dan Muaz di studio memberitahu perkara itu dan penyanyi berkenaan dilihat berbesar hati dengan pujian diberikan.

"Almarhum ayahanda saya punya favorite artis," katanya ringkas.

Haiza

Haiza masih aktif sebagai penyanyi.

Sementara itu, deejay Molek FM Mat Dan turut menjadi perhatian apabila Al-Sultan Abdullah turut mengenalinya yang sebelum ini banyak membuat video berkaitan travel dan makanan menggunakan dialek Terengganu.

Baginda sempat bergurau dengan Mat Dan dengan bertanya sama ada dia boleh bercakap dalam dialek Pahang.

Mat Dan yang memberi respon boleh bertutur dalam dialek negeri berkenaan turut memberitahu Al-Sultan Abdullah dia juga seorang penyampai radio di Molek FM.

ARTIKEL BERKAITAN: Haiza sedia ikut permintaan peminat, sanggup keluar wang sendiri rakam album baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B tolak tawaran Vida beli Brabus, sudah senarai pendek 3 model pilihan - “Suka G-Wagon tapi Lamborghini Urus pun menarik”

"Patik dengan Molek FM. Boleh (cakap dialek Pahang). Sikit-sikit," ujarnya.

Al Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Sri Pentas, ibu pejabat Kumpulan Media Prima Berhad pada Rabu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan mencemar duli membaca berita menerusi slot khas Buletin Diraja untuk siaran Buletin Utama yang disiarkan malam ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain