suria

Kak KM berhabis RM10,000 belanja staf makan malam, seloroh jangan buang air besar 2 minggu!

Kak KM tiada masalah belanja staf sehingga menelan belanja hampir RM10,000.

USAHAWAN sensasi Kak KM bukan sahaja tidak lokek berbelanja untuk membahagiakan keluarga malah turut bersikap dermawan terhadap para pekerjanya.

Terbaharu, pemilik nama sebenar Liana Rosli ini sanggup menghabiskan RM10,000 hanya untuk belanja 10 pekerjanya makan malam di sebuah restoran.

Liana memberitahu dia tidak kisah membelanjakan wang yang banyak untuk kaki tangannya asalkan dapat buat mereka rasa gembira dan bersemangat untuk bekerja.

Bil yang diterima Kak KM selepas belanja stafnya makan di sebuah restoran.

"Ada dua bil, jumlah keseluruhan RM10,000 sekali makan! Apa ada hal staf saya.

"Jangan berak dua minggu," selorohnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

Menerusi video sama, para pekerjanya yang menyertai makan malam itu dilihat tidak henti-henti mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Liana.

ARTIKEL BERKAITAN: Normah Damanhuri bagai puteri sambut hari jadi ke-70, Kak KM beri hadiah gelang emas 80 gram

ARTIKEL BERKAITAN: Bagasi kena umpil, Kak KM sedih wang tunai RM10,000 dan beg jenama mewah hilang ketika dalam penerbangan

Malah Liana sempat menunjukkan dua resit berbeza menunjukkan jumlah keseluruhan makan malam itu berjumlah RM9,648.85 sen.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memuji sikap murah hati usahawan berkenaan dan sepatutnya menjadi contoh kepada majikan lain.

Ramai berpendapat, seorang majikan bukan sahaja perlu membayar gaji pekerja dan menjaga kebajikan tetapi sekali sekali perlu menggembirakan hati mereka dengan membuat jamuan makan atau pergi bercuti bersama.

size NP 1 (5)

Kak KM juga sentiasa menghargai ibunya iaitu pelakon Normah Damanhuri.

"Alhamdulillah semoga Kak KM dimurahkan rezeki atas asbab menggembirakan pekerjanya.

"Sebelum ini Kak KM selalu gembirakan hati keluarga dan ibunya dengan membeli pelbagai barang. Sekarang giliran staf pula. Semoga murah rezeki Kak KM.

"Semoga perniagaan Kak KM terus diberkati dan maju pada masa depan. Boleh belanja staf lagi," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain