suria

Nampak ‘try hard’ tiru Jung Kook BTS, netizen minta Sean Lee fokus berlakon dan mengacara

Sean Lee dikatakan 'try hard' meniru Jung Kook BTS.

PERCUBAAN pelakon dan pengacara Sean Lee melakukan gerakan tarian menerusi sebuah video di TikTok gagal menambat hati peminat.

Sean atau Lee Jia Ern, 30, yang asyik menari dengan iringan single terbaharunya berjudul Tak Sanggup Terima dianggap terlalu mencuba meniru gerakan anggota kumpulan BTS iaitu Jung Kook.

Malah ramai mendakwa gerakan dan tarian ditampilkan Sean mirip dengan muzik video Jung Kook berjudul Standing Next To You.

size NP 1 (10)

Sean Lee dikecam kerana dikatakan terlalu mencuba untuk meniru Jung Kook BTS.

Sean turut menjadi tempat melepaskan rasa marah peminat setia Jung Kook dan meminta dia mencari identiti sendiri dan bukannya meniru orang lain.

"Pakaian macam sama dengan muzik video Jung Kook, Standing Next To You.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas sekadar alih suara filem Hollywood, Sean Lee impi berlakon disamping Henry Golding

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook dan V tayang dada sebelum masuk kem tentera, ucap selamat tinggal kepada peminat

"Macam tidak kena gaya. Dia nak jadi Jungkook Lazada atau Shoppe ke?," antara komen netizen.

Tidak cukup dengan itu, ada pula berpendapat Sean berhenti menari dan memberi fokus kepada karier lakonan dan pengacaraan.

size NP 1 (9)

Netizen minta Sean Lee fokus pada bidang pengacaraan.

"Teruskan sahaja jadi pelakon dan mengacara.

"Adakah ini dipanggil sebagai bakat? Kadang-kadang orang itu hanya sesuai berlakon sahaja," tulis netizen lain pula.

Tak Sanggup Terima ada single terbaharu Sean hasil ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito yang dilancarkan pada 1 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain