suria

Abbas Mahmood kini suami Youtuber asal Scotland, kagum semangat isteri dalami Islam

c4539737-6801-4674-9a9d-1f19d52e4132

LIMA bulan menyulam cinta dengan Youtuber asal Scotland, pelakon Abbas Mahmood selamat bergelar suami Alana Dee Dunsmore dengan sekali lafaz pada Isnin.

Majlis akad nikah pasangan itu diadakan secara sederhana di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat pasangan mempelai.

Bercerita mengenai perkahwinannya, Abbas, 25, memberitahu hatinya terpaut dengan Alana kerana kagum dengan semangat isterinya itu berubah menjadi wanita Muslimah selepas bergelar mualaf pada 5 November lalu.

size NP 1 (15)

Abbas dan Alana ketika bertunang pada 5 November 2023.

"Apa yang paling penting Alana minat nak dalami Islam, baka kata orang Allah pilih dia bukan asbab saya.

"Saya kagum dia sanggup ubah gaya pemakaian yang dulu agak menjolok mata kepada lebih sopan.

"Alana cukup serius mengubah kehidupan ke arah diredai Allah dan itu membuatkan dia cukup istimewa di hati saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu, Abbas Mahmood tak gila ‘spotlight’, akui nilai diri lebih tinggi daripada pengikut IG

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat tahu bekas kekasih sudah berkahwin, Abbas Mahmood reda walau pernah simpan hasrat kembali bersama

Pasangan itu sebelum itu sempat melangsungkan pertunangan pada hari sama Alana melafazkan syahadah.

Dalam pada itu, pelakon filem Tiga Janda Melawan Dunia itu mengakui bukan mudah mendidik seorang mualaf namun akan cuba memberi didikan terbaik kepada isteri mendalami agama Islam.

Abbas juga memaklumkan keluarga mentuanya juga tidak mempunyai masalah apabila Alana meluahkan hasrat memeluk Islam malah menyokong keputusan itu.

size NP 1 (14)

Alana berswafoto bersama bapanya selepas sah bergelar isteri kepada Abbas.

"Sebelum Alana buat keputusan peluk Islam, dia sudah memberitahu ibu bapanya dan mereka sokong apa yang Alana mahu lakukan.

"Bapa Alana pun kata tiada masalah dan sokong apa sahaja yang Alana rasa terbaik buat diri dia," ujarnya.

Abbas dan Alana berharap agar kisah perkahwinan mereka ini dapat berikan inspirasi buat masyarakat di luar sana untuk mendirikan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain