suria

“Just married” - Netizen ragu Fathia sudah kahwin, jejaka dalam foto tak kacak macam digambarkan

Foto Fathia dipeluk seorang lelaki menjadi tanda tanya peminat.

SETIAP hari ada sahaja perkara dicetuskan Fathia Latiff di media sosial sehingga ada menganggap pelakon itu sengaja mencetuskan kontroversi bagi menaikkan kembali namanya yang sudah tenggelam.

Terbaharu Fathia berkongsi pula gambar bersama seorang jejaka dengan kapsyen 'just married' atau sudah berkahwin di Instagram miliknya yang menimbulkan tanda tanya netizen.

Ada yang teruja dengan perkhabaran itu namun ada pula merasakan gambar memperlihatkan Fathia dipeluk lelaki berkenaan daripada arah belakang hanya sekadar gimik demi meraih perhatian.

Malah ada bertanya sama ada lelaki berkenaan adalah teman lelakinya yang didakwa lebih kacak berbanding aktor Aiman Hakim Ridza sebelum ini.

Screenshot 2024-01-16 113225

Fathia masih belum keluarkan kenyataan rasmi tentang status dirinya sama ada masih solo atau sudah berkahwin.

Ramai berpendapat individu dalam foto itu adalah lelaki rambang ditemui Fathia yang sedang bercuti di Jepun kerana wajah jejaka itu tidak mencerminkan bayangan diberikan tentang kekasihnya.

"Dengan anak Jepun manalah dia ambil gambar ini?

"Tak handsome pun macam Fathia cakap sebelum ini? Biar betul Fathia sudah kahwin?

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan nak hancur rumah tangga Zahirah MacWilson, Fathia sudah ada teman lelaki hot daripada Aiman

ARTIKEL BERKAITAN: Buat pusingan ‘U’ komen wajah Zahirah macam bibik, Fathia Latiff kongsi foto bersama Aiman - “Saya tahu awak masih cintakan saya”

"Entah lelaki mana dia jumpa dan ambil gambar demi sebuah content tapi kalau benar sudah berkahwin Alhamdulillah," antara komen netizen.

Sementara itu, ramai masih bersangka baik terhadap Fathia dan berharap pelakon itu mendapatkan bantuan kerana merasakan dia mempunyai masalah kesihatan mental.

Malah ramai berasa kasihan dengan Fathia yang terpaksa menanggung ujian berat dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

"Dia perlukan pertolongan tapi susah sebab dia sendiri tidak mahu sedar. Beratnya ujian Allah bagi pada dia.

2491344

Fathia semakin kerap berkongsi cerita di live Instagram dan TikToknya.

"Sekarang kita kena faham keadaan dia macam mana, kita yang waras ini doakan yang terbaik sahaja," komen netizen lain.

Sejak seminggu lalu nama Fathiya atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, menjadi bualan hangat apabila dia kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang kontroversi.

Selain menyamakan pelakon Zahirah MacWilson sebagai pembantu rumah, dia turut 'berperang' dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie.

Terbaharu, dia mendakwa suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman gagal menyiapkan rumah miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain