suria

‘Income’ setahun Reedzwann macam gaji sebulan ketika kerja tukang masak, sampai anxiety fikir masa depan

Reedzwann berhenti bekerja sebagai tukang masak sebelum masuk dalam industri muzik tanah air.

MELEPASKAN karier dalam bidang kulinari kerana ingin bergelar anak seni, penyanyi Reedzwann pernah terfikir untuk meninggalkan dunia nyanyian ketika negara di landa pandemik Covid-19.

Reedzwann atau Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 24, berkata, perasaan menyesal bergelar penyanyi timbul apabila pendapatan setahun bergelar anak seni sama gaji sebulan ketika bekerja sebagai tukang masak.

"Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tak boleh keluar buat persembahan atau promosi lagu. Jadi itu buatkan saya rasa down dan buat saya rasa macam putus asa.

size NP 1 (1)

Reedzwann pernah terfikir untuk berhenti menjadi penyanyi sewaktu PKP dahulu.

"Sebelum jadi penyanyi saya kerja sebagai tukang masak di Cameron Highlands dengan gaji RM2,700 sebulan tapi selepas berhenti dan fokus kepada dunia nyanyian pendapatan saya cuma RM3,000 setahun!

"Perkara itu buat saya tiada semangat nak teruskan karier dalam bidang hiburan," katanya ketika dihubungi mStar.

Pernah popular menerusi lagi Adakah Ini Mimpi, Reedzwann memberitahu keadaan itu membuatkan dia diserang kebimbangan melampau atau anxiety disorder ketika PKP.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan anugerah MACP dipertikai... Reedzwann anggap rezeki tiga lagu hit, tanda karya diterima ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Reedzwann masuk industri seni selepas dapat ‘green light’ ibu, takut gagal jika tiada restu

Ketika itu katanya, dia sentiasa tidur dengan memakai baju Melayu kerana sentiasa merasakan dia tidak akan bangun lagi keesokan harinya.

"Aktiviti saya waktu PKP seperti orang tiada masa depan, terlalu fikir macam-macam seperti saya ini sudah tiada harapan dan rasa malas.

"Saya jadi macam takut sampai setiap hari mendapat serangan panik, setiap malam saya pakai baju Melayu sebab fikir esok akan mati.

setiap malam saya pakai baju melayu dulu waktu saya lawan anxiety disorder sebab fikir esok saya akan mati.

REEDZWANN

PENYANYI

"Asyik fikir mati tapi sekarang dah okay dan saya anggap itu sebagai kelebihan dan bukannya kelemahan," ujarnya yang turut mengalami penurunan berat badan ketara.

Namun kata Reedzwann, ibunya menjadi penguat semangat untuk terus bekerja keras sehingga namanya kembali dikenali.

"Alhamdulillah saya seronok dnegan kehidupan sekarang... Bukan populariti saya kejar tapi saya lebih pentingkan karya yang dihasilkan.

"Tidak mengapa orang tak kenal, janji lagu saya mereka tahu," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain