suria

[V] Kuasa ‘veto’ di tangan komposer dan penulis lirik, Kaka Azraff tiada halangan nyanyi lagu terbitan label lama

Kaka Azraff tiada masalah menyanyi lagu terbitan Warner Music Malaysia.

PENYANYI Kaka Azraff akan teus menyanyikan lagu-lagu popularnya bersama Warner Music Malaysia meskipun sudah tidak bernaung di bawah syarikat rakaman tersebut.

Bersyukur tentang perkara itu, Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 35, berkata, kuasa mutlak hak cipta sesebuah lagu adalah milik komposer dan penulis lirik bukannya syarikat rakaman.

“Alhamdulillah tiada masalah, mungkin ramai tak tahu fasal hak cipta kuasa adalah kepada komposer bukan label. Artis-artis baru mereka kena tahu sebab saya sendiri pun baru menyedari mengenainya.

IMG_8202

Kaka ketika membuat persembahan di Program Bual Bicara Menangani Krisis, Membina Reputasi di UKM.

“Awalnya memang saya takut tentang isu hak cipta tapi bila mendalami tentangnya tak perlu takut sebab komposer dan penulis lirik yang ada hak ke atas lagu ciptaan mereka.

“Saya ada hubungan yang baik dengan komposer serta penerbit lagu malah dengan label lama pun tiada masalah,” katanya kepada mStar.

Kaka menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas program bual bicara Menangani Krisis, Membina Reputasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff manfaat peluang bertemu Fahmi Fadzil, bukti kerajaan prihatin nasib anak seni

ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak Kaka Azraff ditamatkan kerana lantang isu Palestin? Netizen serang IG Warner Music

Dalam pada itu, Kaka berkata, dia sudah ‘move on’ daripada isu penamatan kontrak bersama Warner Music Malaysia dan mahu memberi fokus kepada impian menerbitkan album penuh tidak lama lagi.

Akui bergerak sendiri mempunyai cabaran besar dalam karier, Kaka memberitahu pihak kerajaan juga sangat prihatin dengan nasib menimpanya sebelum ini.

Yang ada kuasa mutlak tentang hak cipta karya sesebuah lagu adalah komposer dan penulis lirik.

KAKA AZRAFF

PENYANYI

“Ada pelbagai dana yang golongan seni patut kerajaan sediakan untuk membantu kita. Tak perlu ingat yang label sahaja boleh bantu kita,” katanya.

Sementara itu, Kaka juga tidak serik untuk kembali bernaung di bawah naungan mana-mana syarikat rakaman selepas ini namun akan lebih berhati-hati dengan kandungan kontrak.

Pun begitu penyanyi Bawaku Pergi itu merasakan bergerak secara sendiri adalah keputusan yang terbaik buat masa ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain