suria

Pergelangan tangan patah akibat salah ‘landing’, Haziq Hussni bakal jalani prosedur masuk besi

Kecederaan pergelangan tangan yang dialami Haziq akibat terjatuh.

PENGACARA Haziq Hussni patah pergelangan tangan kiri selepas terjatuh ketika bermain bola sepak pada malam Ahad.

Haziq atau Muhammad Haziq Irfan Hussni, 34, berkata, kejadian itu berlaku selepas dia berjaya menjaringkan gol namun akibat tersalah dalam pergerakan dia terjatuh sebelum berasa sakit pada tangannya.

"Kejadian berlaku selepas saya berjaya menjaringkan gol. Tangan saya rasa sakit akibat tersalah 'landing' sehingga mengalami kecederaan.

haziq 2

Haziq manahan sakit ketika menerima rawatan.

"Apabila melakukan pemeriksaan di hospital, doktor memaklumkan pergelangan tangan saya patah selain tulang terkehel," katanya.

Haziq turut berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Ahad selepas dia menerima rawatan.

Bercakap lanjut Haziq juga sukar untuk menggambar perasaan sakit ketika menerima rawatan untuk membetulkan tulang pada bahagian yang cedera.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani kemalangan ketika tunggang motosikal berkuasa tinggi, hanya alami cedera ringan

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq Hussni tinggalkan Hot FM selepas 9 tahun berkhidmat

Dia juga perlu menjalani rawatan susulan memasukkan besi pada bahagian yang patah.

"Sewaktu doktor betulkan kedudukan tulang akibat terkehel itu, sakitnya tidak terhingga. Tangan saya terpaksa disimen daripada pergelangan sehingga bahagian siku.

"Saya perlu tunggu bengkak ini reda dahulu sebelum prosedur memasukkan besi. Kata doktor mungkin ambil masa enam minggu untuk betul-betul sembuh selepas itu," ujarnya.

haziq 3

Haziq akan tetap meneruskan jadual kerja.

Dalam masa sama Haziq juga memaklumkan dia akan terus menerima tawaran kerja selagia ia tidak melibatkan aktiviti fizikal yang lasak.

"Saya kena susun jadual balik kalau kerja membabitkan penggambaran drama. Tapi untuk kerja pengacaraan tiada masalah dan saya masih boleh lakukan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain