suria

Hetty Koes Endang mahu berehat, sudah penat buat konsert

Hetty hanya mahu terlibat dengan acara amal.

PENYANYI legenda Indonesia Hetty Koes Endang mahu berehat dan enggan lagi mengadakan konsert pada masa akan datang.

Kata Hetty, 67, sepanjang penglibatannya sebagai anak seni dia sudah telibat dengan puluhan konsert selain menghasilkan sebanyak 150 buah album.

Justeru baginya dia lebih senang melihat perjalanan artis muda yang kini semakin ramai mula mencipta nama dalam industri seni.

hetty 3

Hetty tidak rancang untuk adakan konsert solo di masa akan datang.

"Saya sudah 53 tahun dalam dunia hiburan, saya sudah penat. Bagilah kesempatan kepada orang muda dan biarlah saya jadi pemerhati sahaja.

"Apa lagi yang saya mahukan? Saya telah lakukan semuanya sepanjang kerjaya," katanya.

Hetty bercakap demikian ketika sesi bertemu media Malaysia yang berlangsung secara atas talian sempena mempromosikan konsert After Hours With Hetth Koes Endang (AHHKE).

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai marah Hetty Koes Endang, tak patut kata ‘Kisah Hati’ versi Siti Nordiana lebih baik berbanding penyanyi asal

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Boboy hanya tinggal janji, penganjur acara kerap jumpa Naqiu sebab ada niat lain

Bagaimanapun menurut penyanyi lagu Kasih ini dia sedia menerima undangan menyanyi sekiranya ia melibatkan program kebajikan.

"Saya hanya menolak konsert yang berbentuk komersial sahaja. Jika acara amal saya masih boleh terima.

Saya hanya menolak konsert yang berbentuk komersial sahaja. Jika acara amal saya masih boleh terima

HETTY KOES ENDANG

PENYANYI

"Perkara itu lebih membuatkan saya rasa senang. Ia juga merupakan satu tanggungjawab apabila terlibat dengan acara sebegitu," jelasnya.

Sementara itu berkongsi tentang rahsia dia terus menjaga stamina dalam nyanyian, kata Hetty semua itu datang dari hati sendiri selain sentiasa menjaga kesihatan diri.

hetty 2

Hetty mahu lihat lebih ramai bakat muda dalam industri seni.

"Semua itu datang dari hati. Apa yang penting adalah tetap terus berkarya kerana itulah yang akan membuatkan kita sentiasa ada dalam industri ini," jelasnya.

Konsert AHHKE bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor pada 24 Februari nanti.

Pada malam berkenaan penyanyi Naqiu turut tampil membuat persembahan dan mereka bakal menghiburkan peminat dengan beberapa lagu duet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain