suria

Kongsi video usap perut, Puteri Aishah umum hamil anak sulung

Aishah mengumumkan sedang hamil anak pertama.

PELAKON Puteri Aishah berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sedang berbadan dua.

Aishah atau Puteri Aishah Sulaiman, 30, yang sedang bercuti di Seoul, Korea Selatan membuat pengumuman tersebut secara ringkas di Instagram miliknya.

"Rama-rama yang dia beri pada saya bertukar menjadi kaki kecil," katanya.

Aishah kini sedang hamil anak sulung.

Aishah dan suami membuat pengumuman itu ketika sedang bercuti di Korea Selatan.

Menerusi video yang dimuat naik itu memaparkan Aishah yang mengenakan persalinan berwarna merah jambu memeluk suaminya, Muhammad Firdaus sebelum memperlihatkan perutnya sudah membesar.

Malah dia sempat mengusap perutnya sambil menunjukkan senyuman gembira ke arah kamera.

Bagaimanapun aktres itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungannya ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak letak syarat ketika berlakon, Puteri Aishah faham sendiri batas sebagai isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Aishah selamat bergelar isteri ahli perniagaan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis mengucapkan tahniah sekaligus tumpang gembira dengan khabar tersebut.

"Tahniah Puteri, jaga diri elok-elok. Cutenya, ramai yang kongsi berita gembira hari ini," antara komen netizen.

Untuk rekod, Aishah dan Firdaus yang juga seorang ahli perniagaan berkahwin pada November 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain