suria

Peminat nombor 1 mahu taja percutian Tyzo, cadang ke 4 buah negara di Eropah -“Semua dah siap tinggal bawa baju”

Netizen harap Tyzo terima tawaran percutian daripada peminat.

SEORANG peminat setia Tyzo membuat kejutan menawarkan percutian ke luar negara buat bekas penyampai radio Suria FM berkenaan.

Razi Jamit memberitahu dia mahu membawa Tyzo menenangkan fikiran yang mungkin agar serabut ketika ini sebelum memulakan langkah baharu dalam kariernya selepas ini.

Lebih istimewa, Razi mahu membawa Tyzo melancong ke empat buah negara iaitu Iceland, Norway, Switzerland dan New Zealand.

razi

Razi ajak Tyzo berehat dan tenangkan minda yang kusut.

"Saya tahu abang tengah pening, sedih, penat dan macam-macam dalam fikiran.

"Sebagai peminat nombor satu saya ingin bawa abang pergi 'healing'. Saya ada hajat nak bawa abang pergi melancong.

"Saya cadang nak bawa pergi ke Iceland, Norway, Switzerland dan New Zealand sebab di sana musim salji. Jadi boleh main salji dan tengok aurora," katanya.

Pemuda berkenaan membuat tawaran itu menerusi sebuah video dimuat naik di TikTok miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Liza Khairudin minta Menteri Komunikasi pandang serius isu kontrak penyampai radio agar ramai tak jadi mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Hot FM minta pendapat ramai nak pancing Tyzo

Razi memberitahu dia memahami Tyzo sebelum ini sentiasa sibuk dengan tugasnya di konti mengendalikan segmen Suria Petang dan tidak mempunyai masa bercuti ke luar negara.

Katanya, segala persiapan sudah disediakan dan hanya menanti persetujuan Tyzo.

"Tujuannya saya bawa abang Tyzo pergi jalan-jalan ini supaya boleh bertenang dan healing... Lupakan sekejap fasal kerja, saya tahu abang Tyzo sangat rajin dan komited terhadap kerjaya.

"Tak perlu risau, nak pening-pening fikir lagi sebab semua saya dah siapkan dari A sampai Z. Abang Tyzo hanya tinggal kemas baju, passport kita boleh terus pergi.

Nama Tyzo jadi bualan ramai sejak Jumaat lalu.

Tyzo rasa bebesar hati dengan tawaran Razi.

"Kalau abang kata esok... esok juga saya bawa abang pergi jalan," ujarnya.

Video tersebut mendapat maklum balas daripada Tyzo yang bersyukur dengan tawaran yang diberikan oleh Razi.

"Allahuakhbar. Terima kasih Razi... saya sangat sakit sekarang," luahnya.

Untuk rekod, kontrak Tyzo yang disambung selama enam bulan bersama Suria FM akan berakhir pada Mac depan namun tugasnya sebagai penyampai Suria Petang tamat Jumaat lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain