suria

Uqasha Senrose sahkan sedang mengandung anak pertama, ada sebab rahsia berita kehamilan daripada umum

Uqasha kongsi perut yang semakin membesar.

SETELAH lama berteka-teki, pelakon Uqasha Senrose akhirnya mengesahkan dia dan suami aktor Kamal Adli bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, memberitahu pengalaman mengalami keguguran sebelum ini membuatkan dia memilih untuk merahsiakan kehamilannya.

"Syukur Ya Allah, Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha (Uqasha).

uqasha 2

Uqasha kongsi khabar gembira buat semua peminat.

"Ramai tanya-tanya kenapa Qasha tak jawab-jawab sebab dah gugur jadi Qasha takut.

"Jadi biarlah Qasha sendiri yang cakap. Doakan yang baik-baik untuk Qasha dan baby. Amin terima kasih yang mendoakan," katanya.

Uqasha berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: CEO pusat perubatan ucap selamat jadi ibu bapa, Uqasha Senrose hamil?

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamak tuduh mandul, Uqasha Senrose serah soal anak pada Allah - “Tak bersemuka mereka boleh kata apa saja”

Menerusi perkongsian tersebut, Uqasha turut berkongsi sekitar majlis pernikahannya sebelum memaparkan dia dalam persalinan berwarna merah memperlihatkan perutnya sudah membesar.

Bagaimanapun aktres itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungannya ketika ini.

uqasha 3

Uqasha dan Kamal berkahwin pada 2021.

Sebelum ini, Uqasha memilih mengunci mulut selepas perkongsian foto oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang Plaza, Datuk Saroni menjadi perhatian ramai.

Dalam perkongsian tersebut, Saroni memberi bayangan pasangan itu bakal bergelar ibu bapa menerusi kapsyen video tersebut.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain