PELAKON Uqasha Senrose dan suami sepakat untuk merahsiakan usia kandungan anak pertama mereka buat masa ini selepas mengesahkan sedang berbadan dua pada Ahad. Uqasha atau Mik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata, apa lebih penting ketika ini proses kehamilan anak sulungnya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Malah katanya, sepanjang kehamilan dia tidak mengalami sebarang alahan namun lebih mudah terkena jangkitan demam atau pun selesema. Uqasha masih rahsiakan usia kehamilan. "Alhamdulillah saya tidak ada sebarang alahan pun sejak hamil. Makan atau bau semua okay. "Cuma macam mudah demam, batuk dan selesema sahaja. Saya tak boleh duduk dekat dengan orang yang demam nanti berjangkit. "Mungkin antibodi badan agak lemah ketika hamil," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose sahkan sedang mengandung anak pertama, ada sebab rahsia berita kehamilan daripada umum ARTIKEL BERKAITAN: CEO pusat perubatan ucap selamat jadi ibu bapa, Uqasha Senrose hamil? Dalam pada itu, Uqasha memberitahu dia juga tidak mengidam sesuatu yang pelik sehingga terpaksa menyusahkan suami iaitu Kamal Adli atau orang sekeliling mendapatkannya. "Kalau nak makan apa-apa boleh sahaja dapat di mana-mana sebab tiada permintaan istimewa. "Apabila dapat tahu hamil saya tak fikir apa pun, cuma harap baby sihat dan cukup sifat serta dipermudahkan semuanya," katanya. Kamal dan Uqasha hitung hari menanti kelahiran anak pertama. Sementara itu, Uqasha meluahkan rasa kecewa apabila berita kehamilannya sebelum ini didedahkan oleh pihak yang tidak sepatutnya. Kata Uqasha, dia sudah berpesan kepada pihak terbabit merahsiakan terlebih dahulu khabar gembira itu namun tidak menyangka individu tersebut memungkiri janji. "Ini anak pertama, kalau boleh saya nak umumkan sendiri. Saya sudah beritahu untuk rahsiakan tapi tak sangka dia ambil gambar dan sebarkan. Saya cuma harap baby sihat dan cukup sifat serta dipermudahkan semuanya. UQASHA SENROSE PELAKON "Saya ke sana pun cuma nak buat tinjauan sahaja memandangkan sebelum ini pihak tersebut pernah mengajak datang sekiranya saya hamil," luahnya. Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali. Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!