suria

Akaun IG Watie kena gantung, Shuib minta bantuan netizen cara dapat semula akaun

Shuib harap ada cara dapatkan semula akuan Watie.

AKAUN Instagram isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib lesap secara tiba-tiba sejak Isnin.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, berkata, Watie menghubunginya dalam nada sayu memaklumkan akaun media sosialnya itu tidak lagi dapat di akses.

“Baru sekejap tadi Watie hubungi saya beritahu Instagram dia jadi macam ini.

shuib 4

Shuib sedih dengar luahan Watie.

“Sedih sangat suara dia tadi. Kesianlah hai Mummy ini,” katanya.

Shuib berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut, Shuib turut berkongsi tangkap layar yang menyatakan akaun tersebut digantung buat sementara sebelum dihapuskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu fitnah selesai... Shuib maafkan John Dihani, derma wang saman ke tabung Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Beg tangan mewah jadi pertikaian netizen, Watie beli guna duit sendiri

Dalam perkongsian tersebut, Shuib juga meminta bantuan pengikutnya sekiranya ada yang boleh membantu mendapatkan kembali akaun tersebut.

"Boleh beritahu kenapa jadi macam ini dan macam mana nak buat?

"Boleh siapa-siapa bantu? Komen atau DM saya, terima kasih," ujarnya.

shuib 5

Instagram Watie banyak kenangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pelbagai tip yang pernah mereka lakukan bagi mendapatkan akaun yang hilang.

Malah mereka juga berpendapat hantaran berkenaan isu Palestin mungkin menjadi salah faktor akaun tersebut digantung sementara.

"Mungkin ada kongsi isu sensitif kot, tapi nak senang buat saja akuan baru.

"Dia suruh berehat dari media sosial itu, tak pun cuba padam kemudian install semula. Saya pernah buat menjadi," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain