suria

Awal Ashaari ‘old fashioned’ bab pendidikan anak-anak, tak setuju pandangan selebriti sekolah buang masa

Awal Ashaari risau anak muda tidak pentingkan pendidikan.

PELAKON dan pengacara Awal Ashaari tidak bersetuju dengan pandangan seorang selebriti yang memberi kenyataan seolah-olah menyifatkan pendidikan tidak penting dan sesi persekolahan membuang masa.

Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, berkata, selebriti atau orang berpengaruh mempunyai tanggungjawab sosial dalam menyebarkan perkara positif dan bukannya negatif kepada masyarakat.

"Memang pendapat masing-masing tapi kita sebagai figura awam kena faham setiap perkara yang keluar daripada mulut kita akan dipandang serius oleh masyarakat.

3d0a18ed-5053-4af5-92ed-a263ceb54481

Awal ketika menjadi salah seorang panel dalam Program Bual Bicara: Menangani Krisis, Mmembina Reputasi.

"Sejujurnya saya terkejut melihat klip video berkenaan sebab saya fikir dia seorang yang sangat berjaya dan tahu apa dia lakukan.

"Mungkin juga dia tersilap ketika membuat kenyataan itu dan sebaiknya setiap perkara diperkatakan dibuat dengan berhemah sebab apa selebriti cakap pasti akan ditularkan," katanya kepada mStar.

Awal ditemui selepas selesai menjadi salah seorang panel dalam Program Bual Bicara: Menangani Krisis, Mmembina Reputasi anjuran Pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tegur Awal Ashaari gara-gara kenyataan tak paksa isteri bertudung... “Kita tahu hukum agama”

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari dan keluarga tak rasa gegaran gempa bumi, tenang teruskan percutian di Jepun

Selain Awal, antara selebriti yang turut terlibat dalam program berkenaan adalah pengacara dan usahawan Neelofa serta Naib Presiden Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.

Dalam pada itu, Awal berkata, pandangan peribadi dilontarkan itu dibimbangi akan memberi kesan kepada golongan muda yang mungkin akan terpengaruh dengan apa diperkatakan sehingga tidak berminat dengan pelajaran.

"Yang tengok kebanyakannya orang-orang muda yang sedang dilema sama ada nak sambung belajar atau pun tidak.

Kita sebagai manusia yang ada fikiran dan matang perlu tunjukkan contoh yang baik.

AWAL ASHAARI

PELAKON DAN PENGACARA

"Semua orang patut bersekolah tapi mungkin cara dia cakap disalah ertikan, tapi apa yang pasti pelajaran itu sangat penting," jelasnya.

Sementara itu, sebagai seorang bapa kepada dua cahaya mata, Awal turut berasa bimbang dengan hala tuju mereka apabila dewasa kelak.

Kata Awal, sejak mereka kecil menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk dan mendedahkan mereka kepada pelbagai perkara selain menitikberatkan soal pendidikan.

553 (3)

Awal sangat mementingkan pendidikan dua anak perempuannya.

"Bila tanya Alana, ada harinya dia mahu jadi seorang influencer. Tapi bila tengok mak dia buat rambut, dia mahu jadi pendandan rambut.

"Jadi nampak tak mereka ini belajar daripada contoh, bila mak dia cantik dia nak jadi selebriti tapi kalau di rumah Scha tak berdandan, dia tak mahu pula.

"Kita sebagai manusia yang ada fikiran dan matang perlu tunjuk contoh yang baik. Pada saya nak jadi apa pun yang penting kena berilmu," ujarnya.

Mengakui seorang yang 'old fashioned' mengenai soal pendidikan anak-anak, Awal memberitahu dia berharap mereka dapat melanjutkan pengajian ke menara gading suatu hari nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain