suria

Duit dalam akaun Dynas Mokhtar lesap, kesan transaksi nilai mata wang asing

Dynas kongsi pengalaman kehilangan duit secara tiba-tiba.

PELAKON dan pengacara Dynas Mokhtar berputih mata apabila mendapati sejumlah wang di dalam akaun peribadinya lesap.

Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 41, berkata, dia menyedari akaun banknya hampir kosong ketika ingin membuat pembayaran gaji pengurusnya.

"Saya hampir kehilangan semua duit saya. Beberapa hari lalu ketika saya pulang dari menjalani penggambaran saya nak bayar gaji pengurus saya.

dynas 2

Dynas sedih hilang duit dengan jumlah yang banyak.

"Masa itulah saya sedar hampir kesemua duit saya hilang. Saya ada akaun semasa, debit kad tetapi tiada kad kredit.

"Saya ingat kad debit lebih selamat kerana tidak berhutang," katanya dalam nada kecewa.

Dynas berkongsi perkara itu menerusi sebuah video di Instagram miliknya pada malam Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ketentuan Ilahi, Alhamdulillah”... Dynas Mohktar selamat bersalin anak perempuan

ARTIKEL BEEKAITAN: Dynas Mokthar sah isteri ahli perniagaan dengan sekali lafaz

Dynas memberitahu selepas menyemak penyata akaun, dia mendapati terdapat transaksi wang menggunakan nilai mata wang asing.

Susulan itu Dynas sudah pun membuat laporan di Balai Polis Brickfields Kuala Lumpur berhubung isu berkenaan.

"Bila saya periksa kenyataan bank saya terdapat pemindahan wang pelik. Saya tak boleh kongsi lebih lanjut kerana masih dalam siasatan.

"Saya sudah buat laporan polis, ramai yang bantu saya ketika ini. Tapi doakan saya dapat kembali duit saya," ujarnya.

dynas

Dynas buat laporan polis demi mendapatkan duitnya kembali.

Dia juga berharap kejadian yang menimpanya menjadi pengajaran buat orang lain agar lebih berhati-hati dalam menyimpan wang.

Malah dia seakan kecewa apabila perubahan zaman yang semakin moden namun tidak dapat menjamin keselamatan.

"Saya tak mahu benda ini berlaku kepada orang lain. Sekarang ini bukan hanya klik pada pautan saja tapi nombor kad debit juga kena berhati-hati.

"Saya sarankan untuk tidak letak duit yang banyak dalam kad debit sebalikny simpan di tempat lebih selamat.

"Kalau orang tiru kad awak habis... Ini simpanan dan itu sahaja awak ada. Konon tak nak berhutang tapi semua duit tunai hilang. Saya pun tak tahu apa yang selamat sekarang ini," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain