suria

Puteri Sarah rasa kena ‘tikam’, Andi Arsyil nasihat jadi manusia lebih baik dan pemaaf

Puteri Sarah akan cuba mendengar nasihat diberikan Andi.

PELAKON Puteri Sarah Liyana rasa seperti ditikam selepas mendengar nasihat daripada aktor asal Indonesia Andi Arsyil yang mahu dia berubah menjadi insan lebih baik.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, Andi juga meminta dia menjadi seorang yang lebih pemaaf selain meninggalkan semua perkara toksik dalam hidupnya.

Jelasnya, apa yang dinasihatkan Andi itu sebenarnya berbeza dengan sikap dia yang sebenar.

size NP 1 (7)

Puteri Sarah akan cuba jadi manusia yang lebih sabar selepas ini.

"Sakit hati juga bila AA (panggilan Andi) kata cuba jadi baik, saya rasa macam kena tikam.

"Itu bukan diri saya, tapi tidak mengapa kita cuba.

"Big bos AA kata tahun 2024 ini saya kena cuba jadi orang yang baik-baik, pemaaf dan berjaya selain tinggalkan semua yang toksik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kasi jadi!” - Andi muncul dalam live Puteri Sarah, peminat doa ada jodoh di antara mereka

ARTIKEL BERKAITAN: Masih terlalu awal cakap soal cinta, Andi Arsyil kebetulan datang KL tonton pementasan teater lakonan Puteri Sarah

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi video siaran langsung di laman sosial miliknya pada Isnin dan memberitahu akan cuba menjadi manusia lebih baik selepas ini.

Dalam pada itu, pengikut pelakon berkenaan memuji sikap Andi yang sentiasa mendorong Puteri Sarah ke arah kebaikan dan bukannya menjadi 'api' dalam mendorongnya melakukan perkara tidak baik.

Komen netizen lagi, Andi seorang rakan yang baik buat Sarah dan berharap kedua-dua mereka bertemu jodoh suatu hari nanti.

Puteri Sarah mahu cuba jadi manusia lebih baik pada tahun 2024.

Rata-rata netizen suka cara layanan Andi terhadap Puteri Sarah.

"Bagus AA ajar Puteri Sarah jadi orang penyabar dan baik hati... Insya-Allah rezeki dia sentiasa melimpah ruah.

"Puteri Sarah memang baik orangnya cuma nak jadi sabar sangat sukar dan mencabar. Perlukan sokongan orang sekeliling.

"Kami percaya Puteri Sarah boleh jadi seperti AA katakan dan bertuah ada seseorang sentiasa beri nasihat dan semangat," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain