suria

Tidak mahu peminat ternanti-nanti, khabar angin Najwa Latiff hamil tidak benar

Najwa Latiff nafi sedang hamil seperti dakwaan netizen di media sosial.

SERING mendapat pertanyaan netizen berkenaan dia dikatakan sedang berbadan dua, penyanyi Najwa Latiff akhirnya tampil menjelaskan khabar angin tersebut.

Najwa atau Najwa Abdul Latiff, 29, berkata, dia menjelaskan perkara itu kerana tidak mahu membuatkan peminat ternanti-nanti tentang perkara yang belum pasti.

"Tidak, saya tidak hamil.

size NP 1 (11)

Najwa Latiff menjawab persoalan netizen di media sosial tentang status kehamilan.

"Saya kena jawab perkara ini sebab takut nanti selepas sembilan bulan tidak ada anak, yang bertanya apa jadi pula.

"Jadi saya tak hamil dan doakan yang baik-baik. Terima kasih," katanya.

Najwa berkongsi perkara itu semasa mendapat pertanyaan dari netizen di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah awal cinta... Rupanya Najwa Latif mengurat suami, sabar dua bulan tunggu jawapan

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju besar punca ramai sangka sedang hamil, Najwa Latif tak marah sering ditanya soalan anak

Sebelum ini, terdapat khabar angin Najwa atau lebih mesra dengan panggilan Wawa sedang berbadan dua kerana penampilannya yang berbeza ketika muncul di sebuah konsert baru-baru ini.

Untuk rekod, Najwa mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Akwa Arifin pada November 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain