suria

Gosip konsert Sifu dan Aku batal hanya khabar angin, Hattan maklum tiket sudah terjual 50 peratus

Hattan menafikan bahawa konsert bersama Datuk M Nasir batal.

PENYANYI Datuk Hattan terkejut dengan khabar angin mendakwa konsert Sifu dan Aku yang dijadualkan berlangsung pada 3 Februari ini dibatalkan.

Menjelaskan perkara tersebut, Hattan atau Mohd Shukri Shahabudin, 60, berkata tiket tersebut mendapat sambutan ramai malah dia juga baru pulang dari Sabah bagi tujuan mempromosikan tiket konsert berkenaan.

"Isu itu sama sekali tidak timbul kerana saya terkejut mendengar ukonsert berkenaan dibatalkan.

size NP 1 (3)

Tiket konsert Hattan dan M Nasir sudah terjual sebanyak 50 peratus.

"Tiket sudah terjual sebanyak 50 peratus. Saya juga akan ke Sabah lagi untuk promosi," katanya kepada mStar.

Hattan berkongsi perkara itu ketika ditemui di Sidang Media Konsert Malam Amal Lagenda yang berlangsung pada petang Selasa.

Menurut Hattan, khabar angin tersebut kemungkinan bertujuan sebagai stategik pemasaran bagi membantu jualan konsert berkenaan.

Jelasnya, peminat muzik di sana lebih selesa untuk bertentang mata dengan penyanyi itu sendiri bagi mempromosikan konsert kerana sering menerima khabar tentang pembatalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali berkongsi satu pentas, Hattan dedah perjalanan awal berguru dengan M. Nasir

ARTIKEL BERKAITAN: “Walau RM6 tapi mereka bayar” - Hattan rindu buat show di fun fair, katanya lebih dekat dengan peminat

"Kadang kadang dakwaan tersbeut timbul sebagai salah satu strategi pemasaran untuk membantu jualan tiket namun apa yang pasti konsert ini berjalan mengikut jadual.

"Malah penggemar muzik di sana lebih gemar penghibur yang bakal membuat persembahan turun padang sendiri untuk membuat promosi.

"Mungkin mereka sering dihidangkan dengan cerita pembatalan konsert dan sebagainya.

Macam sebelum ini, saya turun ke Sandakan ada peminat itu beli 50 tiket," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga berpendapat sebagai artis dia perlu berkerjasama untuk mempromosikan konsert berkenaan agar ia adil untuk kedua-dua pihak.

size NP 1 (1)

Hattan teruja untuk beraksi dalam Konsert Sifu dan Aku.

Dia juga berpendapat kehadiran artis tersebut dapat melariskan produk berkenaan.

"Penganjur konsert sudah mengeluarkan sejumlah wang, jadi sebagal artis kita haruslah memberikan kerjasama dan membantu mereka.

"Supaya ada situasi 'win-win," ujarnya.

Sementara itu, Konsert Malam Amal Lagenda bakal berlangsung pada 3 Mac depan bakal menampilkan Noraniza Idris, Man Kidal, Baby Shima, Ifa Raziah dan ramai lagi.

Hasil jualan tiket konsert berkenaan bakal diberikan kepada artis-artis yang memperlukan seperti Uji Rashid, Shima, Tokki, Zaiton Sameon dan Lord Ella & The Boy.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain