PERSONALITI media sosial Farah Lee menyifatkan kehadiran suami iaitu Fuad Hashim tepat pada masanya ketika dia sudah bersedia kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun memegang gelaran ibu tunggal. Farah atau Nurfarahin Romli, 31, bagaimanapun berkata, perkenalan di antara mereka berlaku dalam tempoh singkat malah tidak sempat bercinta sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Jelasnya, dia bukan individu yang pandai bermain cinta malah selepas kegagalan rumah tangga pertama sebelum ini dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Farah menyifatkan kehadiran Fuad tepat pada waktunya. "Gambar selfie bersama buat pertama kali, itu pun selepas lima hari bernikah. Kami tidak sempat bercinta dan tidak pernah keluar dating melainkan keluar makan malam dua kali. "Orang yang kenal saya memang tahu saya ini jenis awkward nak bercinta kerana tidak bersedia. "Fuad datang masa saya sudah bersedia. Dia pun bersedia dan serius (untuk berkahwin). Jadi selepas taaruf baru saya setuju meneruskan perkahwinan ini," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 tahun akhirnya Farah Lee kembali jadi isteri... “Done kahwin lagi sekali” ARTIKEL BERKAITAN: Farah Lee bersuara isu gagal lunas hutang arwah bapa, minta bukti tuntutan RM130,000 Farah berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya. Tanpa berselindung, Farah memberitahu keserasian di antara mereka masih belum ada namun ia boleh dipupuk secara perlahan-lahan. Malah kata Farah, rasa sayang terhadap Fuad juga semakin bertambah selepas mereka mendirikan rumah tangga dan bersyukur dikurniakan seorang suami yang tepat buatnya. Farah berkongsi detik perkenalan mereka di Instagram. "Kami jarang berhubung (sebelum kahwin) tetapi yang saya tahu kami memang serasi. Keserasian itu boleh wujud dari masa ke semasa sebab yang pegang setiap hati adalah Allah," katanya. "Kami berdua macam tak sangka dah berkahwin. Ia bermula dengan usikan kawan-kawan dan Fuad yang pemalu itu tiba-tiba meluahkan perasaan. "Alhamdulillah semuanya berlaku dengan pantas dan lepas kahwin baru saya macam mula sayang dekat Fuad. Saya bersyukur sangat Allah aturkan semua ini," kongsinya. Majlis resepsi unik pasangan ini yang diadakan di Terengganu. Pada 5 Januari lalu, Farah memaklumkan dia kini sudah kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal. Untuk rekod, sebelum ini Farah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!