DEMI meneruskan kehidupan, penyanyi Erul Samah pernah menerima tawaran sebagai pelakon ekstra dengan hanya bayaran sebanyak RM80. Erul atau Khairul Najmuddin Abu Samah, 33, berkata, pandemik Covid-19 melanda empat tahun lalu membuatkan kariernya menjadi perlahan sehingga mendesaknya melakukan apa sahaja pekerjaan yang menghasilkan wang. "Saya pun kena bantu keluarga, ayah sudah tiada (meninggal dunia). Jadi terpaksa bekerja keras walaupun orang mengata saya asyik bertukar kerjaya. Erul lalui pahit manis kehidupan sepanjang bergelar artis. "Saya fikir satu saja, bukan mereka yang beri saya duit. Saya terpaksa mencari jalan terutama sekali sewaktu pandemik dulu, saya tidak ada kerja. "Saya cakap terus terang, saya pernah berlakon ekstra dengan bayaran RM80 sebab nak cari duit menampung hidup," katanya kepada mStar. Erul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran single Salahkah yang diadakan di US Pizza, Seri Kembangan, Selangor pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Saksi depan mata hujan ribut di Makkah, Erul Samah sedang solat takut dengar dentuman kuat ARTIKEL BERKAITAN: "Tak sebut nama dia pun"... Erul Samah pelik ada artis 'panas' tengok video parodi Mas Idayu Erul memberitahu ketika itu dia pernah rasa ingin berputus asa dalam meneruskan impian dalam bidang nyanyian namun gelaran Raja Komen yang mempopularkan dia membuatkan dia nekad kekal dalam industri. Kata Erul, gelaran itu bukan sahaja mengubah siapa dirinya namun kariernya juga semakin berkembang sebagai personaliti media sosial. Namun besar harapan Erul agar peminat lebih mengenalinya sebagai penyanyi dan bukan sekadar Raja Komen di media sosial. Saya pernah berlakon ekstra dengan bayaran RM80 sebab nak cari duit untuk menampung hidup. ERUL SAMAH PENYANYI "Ketika single saya keluar sekitar 2018 lagu itu menjadi OST drama Cinta Tanpa Henti tapi orang masih tidak mengenali saya, sehinggalah saya viral sebagai Raja Komen, barulah orang kenal. "Cuma saya sekarang sedang sesuaikan diri dan mahu peminat mengenali sebagai sebagai penyanyi," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Erul kembali berani mempertaruhkan lagu terbaharu berjudul Salahkah selepas lima tahun tidak mengeluarkan sebarang single baharu. Lagu hasil ciptaan Erul bersama komposer Helen Yap ini terpaksa diperam selama lima tahun disebabkan dia perlu mengumpul wang sendiri untuk menerbitkan single tersebut. Erul mempertaruhkan lagu Salahkah untuk meneruskan kerjaya nyanyian. "Lagu Salahkah ini sebenarnya sudah dicipta pada tahun 2018 namun saya tidak dapat merakamkannya lagi kerana ia memerlukan kos untuk rakaman. "Sejujurnya saya berani mengambil risiko untuk menggunakan wang sendiri bagi merealisasikan impian saya sebagai penyanyi. "Insya-Allah saya berharap agar lagu ini diterima ramai dan meletakkan harapan untuk mempertaruhkan Salahkah di pentas Anugerah Juara Lagu," katanya. Untuk info, Salahkah merupakan single keempat Erul yang sebelum ini pernah popular menerusi lagu Legasi Cleopatra, Manusia Biasa dan Teristimewa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!