suria

Khabar gembira selepas pulang umrah, Siti Nurhaliza terima pelawaan Mahalini untuk berkolaborasi

Siti terbuka bekerjasama dengan Mahalini.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut baik hasrat bintang muda dari Indonesia iaitu Mahalini yang mahu bekerjasama dengannya dalam karya terbaharu akan datang.

Mengetahui mengenai perkara itu menerusi laporan media, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata berita itu merupakan satu khabar gembira selepas puang daripada mengerjakan ibadah umrah, baru-baru ini.

"Pulang dari umrah dapat khabar indah. Sudah pasti kita boleh kolaborasi sama, Mahalini," katanya.

mahalini 1

Mahalini harap hasratnya diterima Siti.

Sebelum ini, Mahalini ketika ditemu bual media di Malaysia menyatakan impian untuk bekerjasama dengan Siti Nurhaliza.

"Pastinya mahu bekerjasama dengan Siti Nurhaliza. Namanya fenomena di Indonesia.

"Saya juga pernah membawakan lagunya ketika di acara TV," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin Rizky Febian tahun ini? Mahalini ketawa jawab spekulasi netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai dua jam, tiket konsert ’Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ sold out!

Mahalini bagaimanapun mengakui bimbang sekiranya hasrat tersebut tidak menerima respon positif penyanyi itu.

"Saya mestilah mahu cipta lagu untyuk dia. Tetapi adakah dia mahu?" jelasnya.

mahalini 2

Rizky juga bakal tampil pada konsert Mahalini di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Mahalini datang ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan konsert Lovecheastra Mahalini Live In Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 3 Februari depan.

Pada acara berkenaan, Mahalini juga bakal menampilkan tunangnya iaitu penyanyi Rizky Febian sebagai artis jemputan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain