suria

Tolak kaedah ekstrem kuruskan badan, ‘intermittent fasting’ dan suntikan rahsia Awal Ashaari hilang 17 kilogram

Awal tolak buat kaedah ekstrem untuk kurus.

RESAH berat badan mencecah 90 kilogram, pengacara dan pelakon Awal Ashaari mula mengamalkan intermittent fasting sejak setahun lalu.

Tidak hanya itu, Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, turut mendapatkan suntikan bagi membantu mempercepatkan proses penurunan berat badannya.

"Saya ada ambil suntikan untuk kurus tapi tidak ekstrem. Sebaliknya saya mengamalkan diet dan intermittent fasting.

NP-13Awal amalkan intermittent fasting untuk turunkan berat badan.

"Berat badan sudah mencecah 90 kilogram sampaikan banyak baju sudah tidak muat.

"Alhamdulillah sekarang sudah boleh kembali pakai baju lama selepas berjaya menurunkan berat badan sehingga 73 kilogram," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Awal menolak melakukan pembedahan bariatrik yang semakin popular dalam kalangan selebriti kerana menganggap ia terlalu ekstrem.

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari ‘old fashioned’ bab pendidikan anak-anak, tak setuju pandangan selebriti sekolah buang masa

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari dan keluarga tak rasa gegaran gempa bumi, tenang teruskan percutian di Jepun

Sebaliknya kata Awal, buat masa ini dia berusaha menurunkan berat badan menggunakan kaedah tradisional seperti diet serta bersenam secara berkala.

"Tahun pertama mengamalkan intermittent fasting memang agak sukar sebab keinginan makan ketika berpuasa tinggi tetapi sebaliknya bila kena makan.

"Saya amalkan puasa itu dari pukul 6 petang sehingga keesokan petangnya. Jadi tiada sarapan pagi dan makan tengah hari.

NP-12Awal kini bahagia apabila berat badannya sudah kembali ideal.

"Alhamdulillah ia membuahkan hasil," katanya.

Bagaimanapun kata Awal, ada dalam kalangan rakan-rakan merasakan rutin itu menyusahkan namun sudah terbiasa dengan amalan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain