suria

Atikah Suhaime sah bergelar isteri, pilih CEO produk Zaitun sebagai teman hidup

Atikah sah bergelar isteri dengan sekali lafaz.

PELAKON Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada pukul 8:55 malam Ahad.

Atikah, 33, dinikahkan sendiri oleh bapanya iaitu Suhaime Jamali dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis pernikahan pasangan ini bertemakan Sakura dan diadakan di sebuah hotel sekitar Kuala Lumpur secara tertutup dan dihadiri hanya keluarga serta teman rapat.

NP-3

Atikah sewaktu malam berinai iaitu sehari sebelum bernikah.

Atikah menerima tujuh dulang berbalas sembilan dan menerima mas kahwin bernilai RM300 sementara wang hantaran pula dirahsiakan.

Majlis pasangan ini turut disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok Zaitun Industry.

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime sudah bertunang, berkahwin dengan usahawan minggu depan

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime rela tiada ‘job’, enggan terima watak jahat berhijab, perampas! - “Nanti semua fikir perempuan bertudung tak boleh dipercayai”

Terdahulu, hubungan cinta Atikah dan Lokman sudah diketahui umum apabila mereka dilihat akrab sejak perkenalan pada tahun 2019.

Pasangan ini lmengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

NP-4

Atikah dan Lokman sewaktu majlis pertunangan mereka pada Disember tahun lalu.

Atikah sebelum ini ketika ditemui media berkata Lokman mempunyai segala ciri-ciri lelaki yang dingininya.

Atikah menyifatkan Lokman seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dia berasa tenang apabila berada di sisi tunangnya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain