suria

Wawa Zainal muntah darah, mohon doa urusan di Makkah dipermudahkan

Kesihatan Wawa kurang baik kerana terlalu penat bekerja.

PELAKON dan usahawan Wawa Zainal mengalami muntah darah sehingga sukar untuk bangun.

Kata Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, perkara itu berkemungkinan disebabkan dia kepenatan sehingga badannya mengalami panas dalam.

“Alhamdulillah selesai menunaikan Umrah semalam. Pagi tu saya sakit sangat memang tak mampu nak bangun.

NP-4Perkongsian Wawa di Instastorynya.

“Sampai muntah darah. Mungkin sebab panas dalam.

“Minta doa banyak-banyak supaya sembuh jadi boleh Umrah bersama pasukan. Alhamdulillah di permudahkan,” katanya di Instastory.

Wawa ketika ini sedang menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga dan pasukan perniagaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan lebih RM1 juta... Syukur rezeki tak putus tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel dah jual Lamborghini Aventador, niat sebahagian hasil jualan derma kepada Palestin

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya juga dapat dilihat Wawa sudah menjalani ujian kesihatan kendiri Covid-19, Influenza A dan B.

Aktres itu bersyukur apabila keputusan ujian tersebut didapati negatif selepas dua kali melakukannya.

“Dua kali check sebab sakit sendi dan urat yang tak boleh bawa bincang. Tapi Alhamdulillah negatif.

Sampai muntah darah. Mungkin sebab panas dalam.

WAWA ZAINAL

PELAKON DAN USAHAWAN

“Mungkin letih sangat back to back dari Sabah, event dengan pasukan kemudian terus ke sini.

“Badan pula dah 30-an tapi perasan 20-an boleh buat semua benda,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain