AGAK lama tidak muncul dalam mana-mana drama terbitan produksi di Malaysia, pelakon asal Singapura Erwin Dawson kini dalam tempoh berehat daripada dunia lakonan. Kata Erwin atau Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 39, walaupun rindu untuk kembali ke set penggambaran namun dia terpaksa melupakan kariernya itu buat seketika. Selain masih aktif berlakon di Singapura, Erwin juga mahu memberi fokus kepada perniagaan miliknya. Erwin juga mahu fokus kepada perniagaan miliknya. "Kali terakhir saya jalani penggambaran di Malaysia adalah sekitara tahun 2022. Ketika itu pun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pihak produksi menguruskan dokumen perjalanan saya. "Rasanya buat masa sekarang saya ambil masa rehat dahulu dari terlibat dalam penggambaran di Malaysia. Melainkan jika ada tawaran yang betul-betul menarik mungkin saya akan pertimbangkan. "Saya masih lagi berlakon di Singapura dan dalam masa sama sekarang menguruskan perniagaan sendiri," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Berkenalan di media sosial, Erwin Dawson kini bergelar suami kepada Lee Suxiu ARTIKEL BERKAITAN: “Buat masa ni saya jadi penghantar makanan” - Erwin Dawson tak malu kayuh basikal cari duit tambahan musim Covid-19 Dalam masa sama, Erwin juga mahu memanfaatkan kesempatan yang ada untuk tinggal bersama bersama keluarga dan meluangkan lebih banyak masa bersama mereka. Tambahan pula dia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, perlu menyesuaikan tanggungjawab sebagai suami. "Selama saya bekerja di Malaysia memang jarang balik Singapura. Ibu bapa pun semakin tua, jadi biarlah saya luangkan masa bersama mereka. Bagaimanapun saya tidak akan pernah berhenti berlakon. Akan ada masanya nanti saya kembali aktif di Malaysia ERWIN DAWSON PELAKON "Saya rasa lebih senang berada dekat dengan mereka. Tak mahu menyesal sekiranya apa-apa berlaku dan saya tidak dapat pulang. "Sekarang pun saya sudah berkahwin, jadi perlu bahagiakan masa sebaik mungkin antara kerjaya dan kehidupan peribadi," ujarnya. Erwin bernikah dengan pasangan pilihannya iaitu Lee Suxio Solleha Bazilah, 29, pada 17 Januari lalu dalam sebuah majlis ringkas yang dihadiri ahli keluarga. Erwin kini bergelar suami kepada Lee Suxiu. Bercakap lanjut, Erwin akur produksi dan peminat Malaysia semakin melupakan namanya memandang dia juga jarang berkongsi aktiviti harian di media sosial. "Saya sedar sekarang ini semakin ramai pelakon baru di Malaysia. Saya pun jarang berkongsi kisah di sosial media. Kalau ada yang lupa saya tidak kisah. "Bagaimanapun saya tidak akan pernah berhenti berlakon. Akan ada masanya nanti saya kembali aktif di Malaysia," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!