PENAMPILAN baharu personaliti media sosial, Siti Jamumall meraih perhatian ramai apabila manis mengenakan hijab sejak akhir-akhir ini. Siti atau Siti Suriani Wahiddin berkata perasaan untuk mengenakan tudung itu datang secara tiba-tiba meskipun selama ini hatinya sudah tergerak ingin menutup aurat. Namun reaksi positif daripada pengikut media sosialnya membuatkan dia ingin mengekalkan penampilan baharunya itu. Penampilan Siti yang bertudung dipuji pengikut media sosial. "Terus terang saya cakap bila dapat komen kata cantik ini buat saya terus nak pakai. Jujur sebagai perempuan kita suka dipuji cantik. "Sebagai orang yang tidak bertudung selama 25 tahun... tak tahu macam mana rasa nak pakai itu. Sebelum ini ada rasa itu dan saya sudah beli tapi masih belum terdetik nak pakai. "Tiba-tiba saja satu hari itu saya nak pakai tudung nak buat content selepas itu orang puji saya jadi teruja," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah kereta tenggelam banjir, bawa motor kemalangan pula... Siti Jamumall patah jari, luka teruk pada badan ARTIKEL BERKAITAN: Siti Jamumall jalani pembedahan cari punca benjolan di leher, netizen tuduh sekadar ‘content’ - “Sakit bukan perkara boleh dibuat main” Siti berkongsi perkara itu di TikTok miliknya selepas sering mendapat pujian daripada pengikutnya. Bagaimanapun Siti menyangkal dakwaan dirinya berhijab selepas mendapat pujian daripada peminat. "Tapi tak adalah sebab pujian itu saya nak pakai tudung tapi kerana pujian itu memberikan saya semangat dan rasa gembira buat nampak positif," ujarnya. Siti masih cuba sesuaikan diri dengan penampilan baharu. Dalam pada itu, Siti memberitahu dia enggan mengakui sudah bertudung sepenuhnya memandangkan masih lagi dalam proses menyesuaikan diri. Malah dia hanya mengharapkan pengikutnya mendoakan agar mengenakan hijab menjadi kebiasaan buat dirinya. "Saya tak berani nak cakap saya dah bertudung ke belum tapi buat masa ini saya dah bertudung sepenuhnya... di luar ataupun semasa on camera. "Doakan saya terus istiqamah... mindset saya satu saja saya nak pakai tudung dan biasakan. "Saya masih dalam proses dan minta semua orang doakan saya dan jangan menilai," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!