PERTAMA kali berjauhan selepas berkahwin, isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah akui sukar menahan perasaan rindu terutama buat anak-anak tirinya. Kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, persekitarannya juga berbeza apabila anak-anak tiada di sisi ketika dia berada di China. Pergi ke sana atas urusan perniagaan, Watie memberitahu tidak merancang untuk memanjangkan tempoh perjalanan agar dapat segera pulang. Watie bersama Shuib dan anak-anak. "Sejak awal berkahwin dah tak pernah tidur seorang. Biasa kiri dan kanan mesti Mummy boleh sentuh-sentuh. "Pandang skrin telefon terus datang perasaan sedih. Tak jadi nak extend di sini. Mummy tak sabar nak balik. Tadi Matin dah menangis," katanya. Watie menulis perkara itu di laman Instagram miliknya berserta paparan skrin telefon gambar dia bersama Shuib dan ana-anak. ARTIKEL BERKAITAN: Akaun IG Watie kena gantung, Shuib minta bantuan netizen cara dapat semula akaun ARTIKEL BERKAITAN: Anak tiri suka peluk Watie Hanifiah, puji layanan sama seperti arwah ibu Sementara itu menerusi satu hantaran berbeza, Watie turut meluahkan rasa sedih susulan akaun Instagram miliknya yang sebelum ini tidak dapat di akses. "Otak ini berfikir banyak tentang kerjaya sahaja. "Ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dan mula rasa sedih. Air mata mula menitik. Tetapi Shuib banyak memberi semangat. Watie terpaksa berjauhan dengan Shuib atas urusan kerja. "Ketika nak lepaskan Daddy (Shuib) air mata terus banjir," ujarnya. Meskipun ia memberi kesan besar kepada Watie yang juga merupakan seorang usahawan, namun bagi ia juga peluang untuk memberi fokus kepada keluarga. "Saya dah sampai tahap pasrah. Kalau Allah kata ada rezeki, maka adalah. Kalau tiada saya memang dah rasa malas nak buat akaun baru. "Saya anggap mungkin Allah mahu saya beri tumpuan kepada Daddy dan keluarga. Tiada lagi sosial media," jelas. Watie dilihat kembali membuka akaun sosial media baharu dan memcapai jumlah pengikut lebih 66,000 dalam tempoh dua hari. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!