suria

Sakit macam kena senggugut, rasa ada baby dalam perut... Iqbal Zulkefli tak menyesal telan belon untuk kurus

Iqbal nekad mahu kurus dengan membuat prosedur Allurion Intagastric Ballon.

USAHAWAN sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli sama sekali tidak menyesal melakukan rawatan Allurion Intagastric Ballon yang merupakan salah satu prosedur untuk mengurangkan berat badan.

Berkongsi pengalaman melakukan rawatan kaedah belon gastrik itu, Iqbal, 30, mengakui prosedur berkenaan membuatkan dia berasa kurang selesa pada bahagian perut seperti sedang mengalami senggugut.

"Saya jenis tak senang turun berat badan dan apa yang mencabar selepas masukkan belon tu bila tidur macam ada bayi dalam perut, rasa tak selesa.

size NP 1 (3)

Iqbal memilih untuk melakukan prosedur telan belon di HUKM.

"Rasa macam senggugut pun ada sakit perut yang saya alami itu, bayangkan sehari saya hanya minum segelas air sahaja dan muntah 30 kali sehari.

"Doktor ada beritahu kesan selepas buat tu tapi tak tahu macam ini, suara tak bermaya dan banyak tidur. Ingatkan tiga hari je akan sembuh," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Iqbal selesai melakukan prosedur berkenaan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Aset’ jadi kecil sejak berat badan naik... Iqbal nekad potong usus, sedar ramai wanita tak suka lelaki buncit

ARTIKEL BERKAITAN: Isu perbelanjaan RM50,000 sebulan tular ada hikmah, Iqbal dapat idea kongsi tip kewangan

Tindakan Iqbal melakukan prosedur berkenaan bagaimanapun mengundang rasa kurang senang segelintir netizen yang turut memberi cadangan supaya dia melakukan senaman untuk kurus secara sihat.

Menjawab mengenai kritikan itu, Iqbal berkata kekangan masa menjadi faktor utama dia memilih untuk menjalani rawatan memasukkan belon tersebut.

"Memang ada orang kata dengan bersenam sahaja boleh turun 6 kilogram tetapi sebenarnya ramai orang kaya buncit dan jadi malas.

"Saya tiada masa nak bersenam dan rela telan belon untuk kurus sebab dah penat gemuk serta ada masalah lelaki.

553

Iqbal sudah penat selalu pakai baju ketat kerana perut buncit.

"Netizen tak nampak sendiri perut saya yang buncit, saya sendiri tak tahan pakai baju ketat," katanya yang memaklumkan telah menghabiskan RM20,000 untuk melakukan rawatan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain