SEMPENA ulang tahun kelahiran Allahyarham Abam, Nor Hidayah berkongsi momen indah ketika dia bersama arwah suaminya itu. Hidayah atau Nor Hidayah Mohd Ali, 32, berkongsi video memaparkan dirinya berduet bersama arwah menyanyikan lagu Memori Berkasih nyanyian Allahyarham Achik Spin dan Siti Nordiana. Sebak mengingati momen itu, Hidayah turut menitipkan pesanan buat pasangan suami isteri di luar sana untuk menyimpan segala memori bersama agar menjadi kenangan apabila mereka sudah tiada. Hidayah tidak dapat menahan rindu terhadap Allahyarham suaminya. "Kenangan yang tidak dapat kembali lagi. Simpanlah kenangan bersama pasangan anda banyak-banyak pun tidak mengapa. "Bila dia (pasangan) tiada kenangan ini akan menjadi ingatan sampai bila-bila," katanya. Hidayah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Bergambar atas pelamin, Hidayah buka hati kahwin lagi... Impi lelaki penyayang macam arwah Abam ARTIKEL BERKAITAN: Balu Abam sibuk urus bisnes tak terfikir soal jodoh, sebak Hamzah dah pandai jawab 'ayah saya dekat syurga' Menerusi perkongsian video yang dibuat, Abam dilihat sempat bergurau bersama Hidayah sewaktu menyanyikan bait-bait lirik lagu tersebut. Kata Hidayah, rakaman itu merupakan satu kenangan manis yang tidak mungkin akan kembali semula. "Selamat hari lahir suamiku. Hari ini (19 Januari) genaplah umur awak 36 tahun. Cintaku selamanya... Kenangan yang tidak akan kembali lagi," ujarnya. Hidayah kini hidup sendiri bersama anak lelakinya tanpa kehadiran suami. Untuk rekod, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun. Abam atau Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!