suria

“Lantaklah orang nak cakap apa” - Sean Lee rela kena kecam, jadi penyanyi sekadar tempat luah perasaan

Sean Lee sudah lama minat untuk memasuki bidang muzik.

PELAKON dan pengacara Sean Lee tidak membaca sebarang komen berkaitan penularan video tariannya yang mendapat reaksi negatif peminat.

Sean atau Lee Jia Ern, 30, bagaimanapun berkata, itu bukan bererti dia tidak peduli dengan teguran peminat sebaliknya akan cuba memperbaiki diri.

"Saya tak tahu video menari itu sudah tular sebab tak buka telefon ketika bekerja dan tidak mahu perkara negatif memberi kesan kepada kesihatan mental.

NP-3Sean tidak hirau komen negatif segelintir netizen tentang tariannya.

"Tapi saya okay, komen-komen negatif lebih baik daripada tiada komen langsung... Baik atau buruk adalah bagus untuk saya perbaiki diri.

"Saya lebih tahu apa yang berlaku di belakang tabir, lantaklah orang nak cakap apa pun! Saya tahu apa saya buat," katanya kepada mStar.

Sean ditemui pada sidang media Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak ‘try hard’ tiru Jung Kook BTS, netizen minta Sean Lee fokus berlakon dan mengacara

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas sekadar alih suara filem Hollywood, Sean Lee impi berlakon disamping Henry Golding

Sementara itu, Sean sudah lama mahu memasuki bidang muzik sebagai salah satu cara meluahkan perasaan dalam lagu.

Pun begitu kata Sean, penglibatannya sebagai penyanyi bukan untuk bersaing dengan mana-mana nama besar sedia ada apatah lagi menyertai pertandingan.

"Bukanlah saya nak lawan penyanyi seperti Aina Abdul dan masuk Anugerah Juara Lagu.

lantaklah orang nak cakap apa pun!

SEAN LEE

PELAKON DAN PENGACARA

"Tapi kalau ada rezeki, ia bonus. Saya menyanyi sebagai cara luahkan perasaan seperti mana berlakon drama atau pun filem," katanya.

Pelakon drama Sweet Dreams itu juga berkata dia tidak boleh utamakan karier nyanyian kerana perlu fokus pada bidang lakonan, pengacaraan dan perniagaan.

Sebelum ini, tular video Sean menari mengikut rentak lagu terbaharunya Tak Sanggup Terima yang dianggap terlalu mencuba meniru gerakan anggota kumpulan BTS iaitu Jung Kook.

NP-2Sean merupakan pengacara bersama Zizan, Sherry dan Amelia untuk GMWA 2023.

Malah ramai mendakwa gerakan dan tarian ditampilkan Sean mirip dengan muzik video Jung Kook berjudul Standing Next To You.

Tak Sanggup Terima adalah single terbaharu Sean hasil ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito yang dilancarkan pada 1 Disember tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Sean bakal bergandingan dengan Zizan Razak dan Sherry Alhadad dan Amelia Henderson sebagai hos GMWA.

GMWA bakal berlangsung pada 25 Februari 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain