KEHADIRAN Watie Hanifiah dalam keluarga Shuib memberi peluang kepada anak-anak pelawak itu untuk kembali merasai kasih sayang seorang ibu. Menurut Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, anak-anak Shuib terlalu gembira dengan kehadirannya kerana mereka kini dapat merasai semula momen bersama ibu kandung mereka iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin. Malah, anak ketiga Shuib iaitu Matin mengakui suka tidur bersama ibu tirinya itu kerana merindui pelukan seorang ibu. Watie mencurahkan kasih sayang buat anak-anak Shuib. "Pernah anak-anak cakap terutamanya bab pelukan. Daddy (Shuib) dia pernah tanya Matin kenapa suka tidur dengan Mommy? Matin cakap sebab bila Matin peluk Mommy macam Matin peluk ibu. "Baru-baru ni anak ada cakap sewaktu mereka masih ada ibu, situasi itu sama seperti mereka ada saya sekarang," katanya. Watie berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok produk kecantikan Cubremi. ARTIKEL BERKAITAN: Watie Hanifiah kongsi momen pertama kali jumpa ibu mentua, awal-awal mengaku tak pandai siang ikan ARTIKEL BERKAITAN: Akaun IG Watie kena gantung, Shuib minta bantuan netizen cara dapat semula akaun Bukan itu sahaja, anak-anak juga mengakui Watie sangat menjaga pemakanan sama seperti dilakukan oleh arwah ibu mereka. "Kata mereka, sewaktu ada ibu mereka tidak boleh minum air gas dan banyak benda yang dikawal. "Jadi sewaktu ibu sudah tiada mereka kata semua makanan mereka boleh makan (mi segera dan air karbonat)... Tetapi bila sudah ada saya kehidupan mereka sudah kembali seperti mereka ada seorang ibu. "Saya larang mereka untuk minum air gas, makan ringan tak boleh ambil banyak sangat dan kena kurangkan minum air manis. "Saya hanya akan beri mereka makan sebulan sekali dan itulah persamaan yang pernah disamakan oleh anak-anak,” cerita Watie. Shuib dan Watie bernikah pada Jun tahun lalu. Untuk rekod, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterimnya Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!